Sabtu, 15 Disember 2012

My Desire: Iphone 5, Ipad Mini, Nexus 7

Baru-baru ini, banyak peranti yang menarik perhatian aku. Antara peranti-peranti itu adalah Iphone 5, Ipad mini dan Nexus 7. Iphone 5 dah lama dah announce di US tetapi bru 14 Disember ni masuk ke Malaysia. Ipad mini pulak tak silap aku baru launch Oktober atau November lepas dan dah masuk ke Malaysia pun.  

Iphone 5
Iphone 5 yang ditawarkan dengan harga 16Gb (RM2199), 32Gb (RM2499) dan 64Gb (RM2799) yang ditawarkan di Apple Store Malaysia dan mengambil masa 3-4 hari berkerja untuk sampai ke tangan anda. Dibawah merupakan Iphone yang dijual unlock. Kalau anda nak beli dengan pembekal telekomunikasi, banyak yang ada. Contohnya DiGi dan Maxis.

yang mana pilihan anda?

My Review: Hobbit

Bagi peminat LOTR, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem ini. jadi, baru-baru ini aku dan bini aku telah pergi menonton di panggung wayang gambar aka pawagam yang paling best di bumi dan terletak di Miri.

Hobbit bukan Rabbit

Rabu, 12 Disember 2012

My Interest: Kawasaki Ninja 250R 2013 edisi Polis

Bagi peminat dunia permotoran Malaysia sama seperti aku pasti sedang berdebar-debar menunggu kehadiran Baby Ninja 250R yang terbaru yang dijangka akan keluar bulan disember ini. So, ada ura-ura menyatakan Motorsikal ini dah masuk Malaysia cuma diberi kepada pihak polis dahulu (biasalah itu, masih ingat Proton waja, inspira).

korank bayangkan design mcm ni, dengan warna yang sama tapi ada lambang polis

Scroll ke bawah untuk tengok gambarannya..

My Life: Akhirnya aku dah kahwin :)

Tempat paling tipikal untuk seorang guru tipikal mengambil gambar kahwin


Untuk semua yang belum tahun, aku dah pun berkahwin dengan pilihan hati pada 23/11/2012 (akad nikah) dan persandingan dilakukan pada 24/11/2012 manakala majlis doa selamat lelaki dilakukan pada 25/11/2012. So, hampir 3 minggu jugak aku kahwin. huhuhu. Nak tangok pic lagi, sila scroll ke bawah.

Ahad, 2 September 2012

My Desire: Samsung Galaxy Note 2

Baru-baru ni samsung mengeluarkan peranti terbaru iaitu Samsung Galaxy Note 2. Di harap kali ini Samsung tidak akan disaman oleh Apple kerana rupa Galaxy Note 2 sama seperti produk Apple. Seperti anda sedia maklum, baru2 ni Samsung berjaya disaman oleh Apple di Mahkamah California (Apple designed in California) sebanyak $1.05 Billion. Biasalah tu, mahkamah mereka, mereka menang. Dunia... 

Sabtu, 1 September 2012

My Love: Oppa Gangnam Style


Benda yang paling viral sekarang. Video klip ni memang sangat happening dan bagi aku paling sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas. Kalau bawah umur itu, risau gak kalau terpengaruh. Si layan video klip di bawah.

Original Oppa Gangnam Style


My Desire: Aku dan Macbook pro

Dah lama gak tak tulis apa2 di blog ni. Yelah, kan beraya di kampung. Bukan kampung xde internet tapi bz melayan dan dilayan semasa hari beraya. Hihi. Ok apa update terbaru?


Baru2 aku telah terbeli Macbook Pro. Tapi bukan aku punya. Orang punya. Kalau korang masih ingat, barangan Apple yang aku beli adalah buah Apple hijau di Servey Morsyjaya. Gurau je. Barangan Apple pertama aku adalah Apple Ipad 2 yang aku beli bulan puasa tahun lepas. Selepas itu iPod Touch yang bukan aku punya jugak. Now Macbook Pro orang punya. hihi.

Rabu, 15 Ogos 2012

My Life: Balik kampung


Selamat kembali ke kampung ke pada yang kembali ke kampung. Tak kira yang menyambut @ tidak menyambut Aildilfitri.

Maaf zahir dan batin di pinta. Jangan lupa duit raya. peace.

Ahad, 5 Ogos 2012

My Love: Olympic Final: Lee Chong Wei vs Lin Dan. Who will win?





Besok pada jam 2000 waktu Malaysia, akan berlangsung pertandingan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik yang akan di adakan di Wembley Arena. So, pada pendapat korang, Siapa yang akan menang?

Jangan lupa untuk mendapatkan ais krim Baskin Robbins percuma apabila pemain badminton kesayangan kita menang emas pada besok hari. Diharap, hari yang ditunggu2 akan tiba.

Malam ini, First Lady of Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor akan berangkat ke London untuk memberi sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei. Harap-harap, jika Chong Wei menang, tidak berlaku adegan yang di atas. Hihihi 😝😱

- Posted using BlogPress from my iPad

Jumaat, 3 Ogos 2012

My Life: Sekolah cuti awal Aidilfitri. Tiada ganti sekolah pada 15 dan 16 Ogos 2012




Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.

Kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.
Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos.

Khamis, 2 Ogos 2012

My Life: Surat siaran: Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012


Melalui surat siaran bertarikh 31 Julai 2012, negeri-negeri yang mempunyai cuti sabtu dan ahad (hari raya dijangka pada 19 Ogos 2012) boleh memohon cuti berganti pada 17 Ogos 2012 dan di ganti pada 22 September 2012. Surat siaran boleh di download melalui link di bawah.

My Desire: All New Kawasaki Ninja 250R 2013






Baru-baru ini, Indonesia menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan model terbaru Kawasaki Ninja 250R ini. Apa yang dapat diperhatikan, model ini telah mendapat banyak penambaikan dari pelbagai segi seperti kosmetik dan enjin. Sekali imbas, motorsikal ini langsung tak tumpah seperti ZX10R dan ER-6F 2012.

Selasa, 31 Julai 2012

My Desire: All New Ford Ranger 2.2 XLT


Baru-baru ini, saya sempat menjejakkan kaki ke dalam sebuah kenderaan impian saya iaitu All New Ranger yang diadakan di Bintang Megamall Miri. So apa pandangan saya mengenai truck ini?

Saya menang motor

Rabu, 25 Julai 2012

My Life: PM umum bonus setengah bulan



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini. - BERNAMA

P/s: Baru- baru ni kerajaan PR di Selangor berjanji akan membayar bonus sama banyak dengan kerajaan pusat. Tindakan ini telah menguntungkan kerajaan pusat kerana mereka tidak perlu membayar bonus satu bulan seperti yang dijangkakan.



My Life: Pinjaman Peribadi Bank Islam 2.45% - 4.02%



Kepada yang baru berjinak dengan pinjaman peribadi, Bank Islam ada menawarkan pinjaman mampu milik yang bermula dari 2.45% sehingga 4.02%. Bank Islam mengamalkan prinsip apung dimana bayaran bulanan adalah dalam bentuk BLR tahun. Kurang pasti adakah "kadar apungan" ini boleh ditukar kepada "kadar tetap" seperti yang diberi oleh Bank Rakyat yang mengenakan "kadar tetap" sehingga 4.08% setahun maksimum 20 tahun (diketahui Bank Islam maksimum hanya 15%).

Kebaikan Bank Islam berbanding Bank Rakyat yang diketahui adalah:
  1. Bank Islam mengenakan potongan di akaun gaji manakala Bank Rakyat melalui Biro angkasa. Keburukan menggunakan Biro Angkasa adalah di dalam penyata gaji anda akan ternampak kesan potongan yang mencacatkan.
  2. Internet banking Bank Islam menunjukkan baki yang prinsipal yang perlu kita bayar apabila membuat bayaran penuh manakala Bank Rakyat menunjukkan baki prinsipal+faedah yang ditolak.
Keburukan Bank Islam berbanding Bank Rakyat:
  1. Bank Islam mengenakan "kadar apung" manakala Bank Rakyat mengenakan "kadar tetap" (saya kurang pasti dengan kaedah yang digunakan).
  2. Bank Islam mewajibkan akaun gaji peminjam menggunakan akaun Bank Islam manakala Bank Rakyat tidak mewajibkan peminjam menggunakan akaun simpanan Bank Rakyat sebagai akaun bank gaji peminjam ( sesuai bagi yang duduk dikawasan yang mempunyai kurang liputan Bank Islam atau tidak ada langsung bank Islam kerana kesukaran untuk mengeluarkan gaji).
  3. Akaun simpanan Bank Islam memerlukan minima RM100 di dalam akaun manakala Bank Rakyat hanya memerlukan minima RM10.
Jadual pembayaran pinjaman peribadi Bank Islam ada di bawah

Sabtu, 21 Julai 2012

My Desire: Pemberian imbuhan Aidilfitri untuk penjawat awam ikut kemampuan kerajaan - Najib






PEKAN 21 Julai - Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat "buku kira-kira" kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Khamis, 19 Julai 2012

My Life: Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sarawak 2012

Sponsor by: Liansin

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia. Seperti yang anda sedia maklum, 1 Ramadan jatuh pada  21 Julai 2012 iaitu hari Sabtu. Perkara yang ramai orang akan cari semestinya jadual waktu berbuka dan Imsak. Ok bagi negeri Sarawak, Jadual ada di bawah.

Rabu, 18 Julai 2012

My LiFe: Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 4.08%



Promosi pinjaman peribadi Bank Rakyat hanya 4.08% bermula sekarang sehingga 16 September 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri. Jadual pinjaman ada di bawah.

Selasa, 3 Julai 2012

My Movie Review: Abraham Lincoln Vampire Hunter



Jalan Cerita:
At the age of 9, Abraham Lincoln witnesses his mother being killed by a vampire, Jack Barts. Some 10 years later, he unsuccessfully tries to eliminate Barts but in the process makes the acquaintance of Henry Sturgess who teaches him how to fight and what is required to kill a vampire. The quid pro quo is that Abe will kill only those vampires that Henry directs him to. Abe relocates to Springfield where he gets a job as a store clerk while he studies the law and kills vampires by night. He also meets and eventually marries the pretty Mary Todd. Many years later as President of the United States, he comes to realize that vampires are fighting with the Confederate forces. As a result he mounts his own campaign to defeat them.

My Movie Review: Brave



Jalan cerita:

In Scotland, King Fergus of Clan DunBroch presents his young daughter Merida with a bow for her birthday. While practicing with the bow, Merida briefly encounters a will-o'-the-wisp as a giant demon bear named Mor'du attacks the family. Merida escapes along with her mother Queen Elinor while Fergus fights off the bear alongside his men at the cost of his left leg. Years later, Elinor has since given birth to identical triplet boys, and Merida has become a free-spirited and adventurous teenager. One night, her mother informs her she is to be betrothed to one of her father's allied clans: Dingwall, Macintosh, or MacGuffin. Despite her mother's attempts to explain the necessity of the marriage her by telling her a legend of a power-hungry prince who broke off from his duty and caused the ruin of a kingdom, Merida is dissatisfied with the arranged marriage.

Isnin, 25 Jun 2012

My Work: Bagaimana nak order Velocita aka Genata 250 YZF-R dari China?




Seperti yang ramai sedia maklum, Redza Motorcycle akan membawa motorsikal ini ke Malaysia bulan hadapan. Smart memang smart tapi tahukah anda, motorsikal ini boleh di tempah dari Internet dari supplier di China?
Apa yang anda perlu lakukan?

My Life: Masalah nak masuk Bank Islam Internet Banking?

Hari ini mesti ramai yang enjoy, yelah gaji dah masuk. Hihi. Hari ini jugaklah banyak yang nak pergi bayar bil, e.g bil air,bil api, bil telefon, bayar ansuran kereta, bayar hutang PTPTN dll.

So, bank apa yang anda gunakan untuk online banking? Bank Rakyat (selalu error), CIMB (maintenance tengah malam), Maybank (oklah jugak) atau Bank Islam?



Ok, bagi yang menggunakan 3 bank itu (Bank Rakyat, CIMB dan Maybank) jarang berdepan masalah bila dilayari dengan menggunakan IPad. Lebih-lebih lagi CIMB dan Maybank yang mempunyai Apps tersendiri yang boleh di download d Appstore.

So, bagaimana dengan Bank Islam?



Sabtu, 23 Jun 2012

My Work: Macam mana untuk Jailbreak Ipad/ipod/iphone dengan Abshinthe 2.04






Baru-baru ini aku telah mengupgrade ipad ku dari Ios 4.3.3 kepada Ios 5.1.1 dan berjaya menjailbreakkannya untuk mendapatkan kepuasan dan kuasa yang sepatutnya ada pada sebuah peranti. Jadi apakah yang anda perlukan?

1. PC atau MAC dengan Itunes yang paling terkini.
2. Cable data
3. Download IPSW ipad/ipod/iphone yang terbaru. Aku download terus IPSW ini dari laman web kerana kalau download menggunakan itunes, agak memakan masa. Download terus menjimatkan masa dan boleh menggunkan "Download Manager" untuk kuasa download yang lebih pantas.

Anda boleh download IPSW 5.1.1 dibawah:

Selasa, 12 Jun 2012

My Desire: Genata 250cc YZF-R aka Velocita 250cc

Genata 250cc YZF-R merupakan motorsikal buatan China yang menyerupai YZF-R125.




My Desire: New Macbook Pro

Seperti yang anda sedia maklum, semalam di WWDC2012 Apple telah mengeluarkan model baru bagi Macbook Pro, Macbook Air dan Mac Pro.



Isnin, 11 Jun 2012

My Love: Apple store maintenance? Apa maksudnya.






Perhatian kepada semua penggemar Apple, nampaknya Apple akan mengeluarkan peranti baharu 2012 di WWDC2012.

My Desire: Velocita 250cc adalah RTC 250






Baru-baru ini Malaysia bakal dikejutkan dengan kemunculan motorsikal berkapasiti 250cc yang mampu milik. Kenapa mampu milik? kerana hanya berharga RM11999. Setengah menyelidik dengan bantuan adik google, rupa-rupanya motorsikal ini adalah RTC 250.

Ahad, 10 Jun 2012

My Life: Kerosakan charger Ipad? Apa nak buat

Cuti sekolah sudah pun habis, so aku pun berangkatlah ke sekolah tempat aku mengajar di Daro. Untuk pengetahuan, semalam aku sudah berangkat dari Miri ke Kuching dengan menaiki pesawat Maswing MH3807 jam 1900 sampai jam 2100 (tapi ada sedikit delay). Hari ini aku dengan housemate, Adi menaiki Dmax dari Kuching ke Daro.

Para pembaca pasti mengetahui bahawa aku menulis blog menggunakan ipad dengan app "blogpress" yang aku donwload secara illegal (jangan tangkap aku) dari "Installous". Boleh juga didownload dari Appstore dengan harga mampu milik, $2.99 (RM9.00).




Ok, aku bukanlah nak bercerita mengenai "app" yang aku gunakan untuk menulis blog tetapi nak bercerita sedikit dengan software yang boleh digunakan untuk mengecas ipad ketika ketiadaan atau kerosakan charger.
Seperti anda tahu, jika anda menecas menggunakan PC @ laptop, anda tidak akan dapat mengecas ipad anda kerana ipad 2 @ 3 memerlukan arus yang lebih tinggi iaitu melebihi 2 Amp. Apa yang anda akan dapat adalah "Not Charging". Jadi apa yang anda perlu lakukan?




My new desire: Velocita 250 cc






Baru-baru ini aku terbaca mengenai sebijik lagi motorsikal yang akan menggegarkan dunia permotoran di Malaysia yang dikeluarkan oleh REDZA MOTORCYCLE yang mempunyai design dari Itali dan enjin dari Jepun. Apa yang menarik, motorsikal ini mempunyai design seakan-akan Yamaha Y-ZF R125/R15 2.0.
Spesifikasi adalah seperti berikut:

Jumaat, 8 Jun 2012

MOVIE REVIEW: MADAGASCAR 3 EUROPE'S MOST WANTED






Jalan cerita
Alex, Marty, Gloria and Melman are still fighting to get home to their beloved Big Apple. Their journey takes them through Europe where they find the perfect cover: a traveling circus, which they reinvent - Madagascar style.

Khamis, 7 Jun 2012

adeq




adeq adeq....

- Posted using BlogPress from my iPad

MOVIE REVIEW: PROMETHEUS






Jalan cerita
A team of explorers discover a clue to the origins of mankind on Earth, leading them on a journey to the darkest corners of the universe. There, they must fight a terrifying battle to save the future of the human race.

Pengalaman: Maswing MH3806 Kuching-Sibu-Bintulu-Miri






Penerbangan Maswing MH3806 dari Kuching ke Miri, masa 1625 -1910
Aku bergerak dari rumah pada jam 1430 disebabkan aku malas nak datang lewat. Lagipun rumah aku jauh, takut jem ke hape. Lagipun aku pakai helmet fullface, agak susah nak nampak jalan.

Bawa helmet naik flight: Kuching ke miri






Ok, semalam aku nak ke Miri, jumpa bakal bini aku. So, aku kena bawa helmet fullface yang aku ada tu sebab dekat Kuching susah nak pakai (jem tak nampak kiri kanan). Aku tak pernah ada pengalaman nak bawa helmet guna tangan (hand luggage). Kalau masuk ke kargo pernahlah. So, inilah yang aku lakukan.

Selasa, 5 Jun 2012

BAGAIMANA UNTUK RENEW ROADTAX MOTORSIKAL DI PEJABAT POS?


Bagi seseorang yang pertama kali me"renew" cukai jalan motorsikal/kereta, cara yang paling senang adalah dengan melakukannya di pejabat pos. Jadi, bagaimanakah caranya merenew cukai jalan?

Dapat duit rosak dari ATM, apa nak buat?

Pernahkah anda mendapat duit kertas yang rosak dari mesin ATM seperti ini?


So, apa tindakan anda?

MOVIE REVIEW: HOORE! HOORE!


Jalan Cerita
Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

MOVIE REVIEW: SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN


Jalan cerita
In a twist to the fairy tale, the Huntsman ordered to take Snow White into the woods to be killed winds up becoming her protector and mentor in a quest to vanquish the Evil Queen.

MOVIE REVIEW: MAN SEWEL DATANG KL


Jalan cerita
MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man...pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun malangnya dia ditipu. Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu. Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din, seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dan Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis. Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta. Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah
Sumber: sinemamalaysia

MOVIE REVIEW: DARK SHADOWS


Jalan cerita
In the year 1752, Joshua and Naomi Collins, with young son Barnabas, set sail from Liverpool, England to start a new life in America. But even an ocean was not enough to escape the mysterious curse that has plagued their family. Two decades pass and Barnabas (Johnny Depp) has the world at his feet-or at least the town of Collinsport, Maine. The master of Collinwood Manor, Barnabas is rich, powerful and an inveterate playboy...until he makes the grave mistake of breaking the heart of Angelique Bouchard (Eva Green). A witch, in every sense of the word, Angelique dooms him to a fate worse than death: turning him into a vampire, and then burying him alive. Two centuries later, Barnabas is inadvertently freed from his tomb and emerges into the very changed world of 1972. He returns to Collinwood Manor to find that his once-grand estate has fallen into ruin. The dysfunctional remnants of the Collins family have fared little better, each harboring their own dark secrets. Matriarch Elizabeth Collins Stoddard (Michelle Pfeiffer) has called upon live-in psychiatrist, Dr. Julia Hoffman (Helena Bonham Carter), to help with her family troubles. Also residing in the manor is Elizabeth's ne'er-do-well brother, Roger Collins, (Jonny Lee Miller); her rebellious teenage daughter Carolyn Stoddard (Chloe Moretz); and Roger's precocious 10-year-old son, David Collins (Gulliver McGrath). The mystery extends beyond the family, to caretaker Willie Loomis, played by Jackie Earle Haley, and David's new nanny, Victoria Winters, played by Bella Heathcote.
Sumber: GSC

Jumaat, 1 Jun 2012

MOVIE REVIEW : MAN IN BLACK 3


Jalan cerita
In Men in Black™ 3, Agents J (Will Smith) and K (Tommy Lee Jones) are back... in time. J has seen some inexplicable things in his 15 years with the Men in Black, but nothing, not even aliens, perplexes him as much as his wry, reticent partner. But when K's life and the fate of the planet are put at stake, Agent J will have to travel back in time to put things right. J discovers that there are secrets to the universe that K never told him -- secrets that will reveal themselves as he teams up with the young Agent K (Josh Brolin) to save his partner, the agency, and the future of humankind.
sumber GSC

Selasa, 22 Mei 2012

Megelli 250, SYM T2 atau?

12 Mei yang lepas, aku sempat pergi ke Miri Bike Fest sebab aku teringin nak tengok motosikal SBK (superbike) secara dekat. Wow, 1st time aku tengok Yamaha R1 secara dekat, R6, ZX6r, ZX10R, Goldwing, CBR1000RR dll tapi yang mencuri hati aku adalah Megelli.

Apa itu Megelli? Menggelikan ke? Geli mat?

Inilah megelli..tadaaaaaa..

Anak siapalah hensem ni