Penerbangan Maswing MH3806 dari Kuching ke Miri, masa 1625 -1910
Aku bergerak dari rumah pada jam 1430 disebabkan aku malas nak datang lewat. Lagipun rumah aku jauh, takut jem ke hape. Lagipun aku pakai helmet fullface, agak susah nak nampak jalan.
Sampai di Kuching International Airport pada pukul 1500 (setengah jam dari rumah). Terus letak bagasi (dah check in guna mobile dari ipad). Semasa check in, pegawai tu tanya pegi mana, saya bagitahu ke Miri jam 1630. Pegawai tu bagitahu nama encik tidak ada dalam sistem. Aik, biar betul. Rupanya salah bagitahu. Flight saya jam 1625 dan bukan direct ke Miri tapi akan berhenti di Sibu dan Bintulu (pengsan).
Kuching ke sibu
Kapal terbang berlepas seperti biasa. Tidak ada sebarang masalah dan cuaca agak cerah di Kuching dan juga Sibu. Minuman dihidangkan 15 minit selepas berlepas dari Kuching. Minuman jus oren dan kacang masin disediakan. Kami tiba pada jam 1700 di Sibu.
Sibu ke Bintulu
Selepas 20 minit berhenti di Sibu, jam 1720 kami pun berlepas untuk ke Bintulu. Kami di jangka tiba pada jam 1810 tetapi selepas 10 minit berlepas, kapal terbang kami mengalami turbulence yang menyebabkan kapal terbang naik turun. Macam nak terjatuh jantung.
Hujan lebat dan turbulence yang melanda Bintulu menyebabkan kami tidak dapat mendarat di Bintulu. Agak lama kami berlegar-legar di ruang udara Bintulu dan akhirnya pilot membuat keputusan untuk mendarat ke Miri (yey!!!). Semasa dalam penerbangan dapat minuman milo je.
Bintulu ke Miri
Disebabkan tidak dapat mendarat di Bintulu, masa untuk sampai ke Miri dapat dipendek. Sepatutnya sampai jam 1910, tetapi sampai miri jam 1840. Tapi yang tak bestnya, sampai miri rasa nak muntah. Mungkin disebabkan oleh turbulence yang dirasakan di Bintulu tadi.
- Posted using BlogPress from my iPad
..alhamdulillah..pa yg penting selamat sampai ke MIRI...
BalasPadamyalah.nasib xda apa2
BalasPadambukan selalu merasa :p
BalasPadamke ai, yalah. hihi..rasa nak muntah jak bila landing
BalasPadam