Rabu, 15 Ogos 2012

My Life: Balik kampung


Selamat kembali ke kampung ke pada yang kembali ke kampung. Tak kira yang menyambut @ tidak menyambut Aildilfitri.

Maaf zahir dan batin di pinta. Jangan lupa duit raya. peace.

Ahad, 5 Ogos 2012

My Love: Olympic Final: Lee Chong Wei vs Lin Dan. Who will win?





Besok pada jam 2000 waktu Malaysia, akan berlangsung pertandingan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik yang akan di adakan di Wembley Arena. So, pada pendapat korang, Siapa yang akan menang?

Jangan lupa untuk mendapatkan ais krim Baskin Robbins percuma apabila pemain badminton kesayangan kita menang emas pada besok hari. Diharap, hari yang ditunggu2 akan tiba.

Malam ini, First Lady of Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor akan berangkat ke London untuk memberi sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei. Harap-harap, jika Chong Wei menang, tidak berlaku adegan yang di atas. Hihihi 😝😱

- Posted using BlogPress from my iPad

Jumaat, 3 Ogos 2012

My Life: Sekolah cuti awal Aidilfitri. Tiada ganti sekolah pada 15 dan 16 Ogos 2012




Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.

Kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.
Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos.

Khamis, 2 Ogos 2012

My Life: Surat siaran: Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012


Melalui surat siaran bertarikh 31 Julai 2012, negeri-negeri yang mempunyai cuti sabtu dan ahad (hari raya dijangka pada 19 Ogos 2012) boleh memohon cuti berganti pada 17 Ogos 2012 dan di ganti pada 22 September 2012. Surat siaran boleh di download melalui link di bawah.

My Desire: All New Kawasaki Ninja 250R 2013






Baru-baru ini, Indonesia menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan model terbaru Kawasaki Ninja 250R ini. Apa yang dapat diperhatikan, model ini telah mendapat banyak penambaikan dari pelbagai segi seperti kosmetik dan enjin. Sekali imbas, motorsikal ini langsung tak tumpah seperti ZX10R dan ER-6F 2012.