Jumaat, 4 Mac 2011

Minggu - minggu yang berlalu

Macam - macam benda yang berlaku dalam julat 2 minggu yang lalu. Antaranya:

1. Perjumpaan Kadet Remaja (21 Feb 2011)
Perjumpaan kali pertama ahli-ahli TKRS

2. MSS Zon Daro (22 - 23 Feb 2011)
Telah dilantik sebagai jurulatih, tapi lebih kepada juruletih. Mana taknya, tidak ada langsung pengalaman jadi jurulatih, malah bersukan pun jarang. Tapi Alhamdulillah pasukan kami mendapat tempat ke-3, kalau terakhir memang memalukan.

3. First payday (24 Feb 2011)
First time dapat gaji dan bukan elaun daripada KPM.

4. Laptop rosak (25 Feb 2011)
Laptop ni macam tahu-tahu je baru gaji. Tapi takkan nak beli laptop baru?So, macam mana ni?

5. OoOoOoOo balik kampung (25 Feb 2011)
Macam biasa, naik express dari Daro ke Sarikei, lepas tu naik bas dari Sarikei ke Kuching. Laju pulak bus Biaramas buruk ni.

6. Pasang box dkt Motor (26 Feb 2011)
Disebabkan ingin mengembara dengan motorsikal, jadi pasang box untuk memudahkan meletak barang yang patut. Lagipun hari hujan, senang nak simpan baju hujan baru.

7. Helmet KHI aka ARAi hilang (26 Feb 2011)

Helmet KHI aka ARAI dalam kenangan

Selepas memasang box Givi, singgah di Seberkas untuk bertanyakan mengenai laptop yang rosak tempoh hari. Selepas dikecewakan banyak technician yang mengatakan masalah laptop adalah motherboard, hati mula gundah gulana dan berpusing2 kerana ingin mencari laptop baru. Tapi apabila singgah di kedai COMPUMART, seorang lelaki berbangsa cina menawarkan diri untuk melihat laptop yang rosak itu. Ajaibnya, dia berjaya dan dengan bangganya menunjukkan motherboard tiada masalah. Masalah sebenar adalah LCD. Dia menawarkan untuk menggantikan LCD dengan harga RM600. Di fikiran, baik aku try baiki sendiri. Selepas hati sudah senang dan tenang, sekembalinya ke motorsikal, alamak, kenapa dah bergerak motor aku nih. Mana helmet aku????WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...hilang..sial pencuri itu.. Aku sumpah ko jadi katak..Biar mati katak.. Pada waktu yang sama, kereta abang eila dipecah sewaktu membeli belah di pasar.

8. Laptop hidup semula (26 Feb 2011)
Try buka LCD, rupanya sambungan selotep terlepas. apabila ditekan, walaaa..laptop hidup semula.

9. N8 owh N8 ku.. (27 Feb 2011)
HP N8 ku...

Lama sudah teringinkan HP ni. Akhirnya pada masa dan ketika ini, mampu membeli N8 ini.

10. Balik ke Daro bersama Honda Wave 110R (28 Feb 2011)
Box, beg ikat dibelakang bersama beg laptop..helmet cap ayam

Seawal pukul 8 am, bergerak ke terminal express kuching bersama-sama motorsikal kesayangan. Setelah membayar bayaran yang mahal (pengangkutan dan diangkut) akhirnya sampai ke sibu berbekalkan map yang agak 3D oleh Juki, memulakan penggembaraan ke Daro. Agak banyak kali sesat, tapi akhirnya berjaya sampai ke Daro yang permai.

11. My 1Malaysia Pocket Friend (2 Mac 2011)
Borang pesanan My 1Malaysia Pocket Friend

Baru-baru ini 1 mottivasi telah dijalankan di Dewan Kemas, Daro yang dianjurkan oleh SK Campuran Daro dengan pakar motivasi undangan, En. Suhardi Putra menyampaikan motivasinya dan menyebabkan kebanyakkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru menangis termasuk Guru Besar.