Jumaat, 5 Disember 2014

My Life: Kena Flagged di Waze (:p)


Siapa tak kenal Waze ni? Bulan 1 ni genaplah setahun aku guna Waze. Dah lebih 45000 KM yang aku lalui dengan markah terakhir lebih 119800. Sejarah hitam aku bermula apabila aku dihubungi oleh orang no. 1 Waze di Malaysia, Encik MdSyah.

 
PM yang aku terima

Ahad, 26 Januari 2014

My Eksperimen: Cara Nak Charge Ipad paling laju

Terdapat pelbagai peranti pengecas diluar sana. Tapi adakah anda pasti yang Ipad anda di cas dengan kelajuan maksimum? Di sini saya akan menerangkan mengenai cara  untuk meningkatkan kelajuan untuk mengecas peranti anda terutama Ipad dan tablet-tablet yang seangkatan dengannya.

Alatan dan peranti yang diperlukan:


  1. Charger original Ipad 2.1 A
  2. Kabel original
  3. Kabel yang tak original
  4. Dr changer (untuk menyukat arus)
  5. Power bank Ruinovo, dan
  6. Macbook Pro 2012 (dual boots Windows dan Mac)
Untuk pengetahuan, untuk eksperimen ini saya akan menggunakan Ipad 2 yang mempunyai kapasiti 6930Mah.

UJIAN PERTAMA: Kabel ori + Charger ori 2.1 A + Dr Charger + Ipad 2


Untuk ujian pertama ini, arus yang dipaparkan adalah sebanyak 1.79 A (1790Mah) . Ini bermakna Ipad akan dicas penuh selama 6930 Mah/1790Mah = 3.87 jam 

Sabtu, 25 Januari 2014

My Review: Pembiyaan Peribadi-i Bank Rakyat 2.31% - 3.32% 2014


Post sebelum ni sy menulis mengenai Pinjaman Peribadi Bank Islam tetapi kali ini sy akan menulis mengenai Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat. Mungkin ada yang sedia maklum, Bank Rakyat dan Bank Islam ini saling bersaing untuk mendapatkan pelanggan sehinggakan plan Pembiayaan Peribadi bank-bank ini pun hampir sama. 

Cukup dengan itu, mari kita kenali apakah kelebihan Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat ini:
  1. Kadar serendah 2.31%.
  2. Tiada kos tersembunyi.
  3. Tiada tempoh pegangan (apa kebenda tu?).
  4. Murah, mudah dan terjamin.
  5. Pelanggan sedia ada boleh memohon pembiayaan baru tanpa perlu settle pembiayaan yang sedia ada (kalau loan yang sebeleum ini tinggal setahun ke 2 tahun ke dan anda nak buat loan yang satu lagi masih boleh, kelemahannya pembiayaan menjadi tinggi).
  6. 3 bulan berkhidmat boleh memohon.
  7. Yang pengting "KELULUSAN SEGARA" (sign je terus masuk akaun).
Dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan kad pengenalan (standard lah).
  2. Salinan slip gaji terkini (standardlah).
  3. Surat lantikan @ pengesahan jawatan.
  4. Penyata akaun gaji (3 bulan terkini).
Jika berminat, boleh download jadual pinjaman di bawah.

My Review: Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam 2.57% hingga 3.44% 2014


Dah lama x review mengenai 2 pinjaman peribadi bank2 ni. Ok, yang pertama sekali, pinjaman peribadi Bank Islam ni:

  1. Bebas daripada unsur Riba (bagus ni sbb xde riba)
  2.  Pembiayaan dilindungi Takaful (takaful nyawa kot, kalau kena buang kerja tetap kena bayar)
  3. potongan keseluruhan sehingga 70% daripada gaji kasar (70% dengan pembiayaan rumah dan 50% tanpa pembiayaan rumah).
  4. TIADA PENJAMIN diperlukan (taklah penjamin kena kejar kalau penghutang lari).
Syarat-syarat pinjaman:
  • Pemohon mestilah berjawatan TETAP dan mempunyai gaji kasar minima (gaji pokok + elaun tetap) berjumlah RM2000* (Pembiayaan maksimun sehingga 30 kali gaji) sebulan dan ke atas.
Dokumen - dokumen pulak:
  1. salinan kad pengenalan
  2. salinan slip gaji 3 bulan (terkini)
  3. penyata akaun bank 3 bulan (terkini)
  4. surat pengesahan jawatan
  5. surat opsyen persaraan (jika berkenaan)
Yang menarik lagi mengenai pinjaman peribadi Bank Islam adalah:
  1. Nikmati kadar pembiayaan yang rendah.
  2. Pembiayaan maksima sehingga RM200,000 (bagi pembiayaan melebihi RM150,000, pemohon mestilah berpendapatan RM120,000 setahun).
  3. Tidak perlu menjelaskan pembiayaan dengan bank lain untuk menikmati KADAR ISTIMEWA.
Jika berminat, boleh download jadual pinjaman di bawah.