Memaparkan catatan dengan label rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rakyat. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Januari 2014

My Review: Pembiyaan Peribadi-i Bank Rakyat 2.31% - 3.32% 2014


Post sebelum ni sy menulis mengenai Pinjaman Peribadi Bank Islam tetapi kali ini sy akan menulis mengenai Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat. Mungkin ada yang sedia maklum, Bank Rakyat dan Bank Islam ini saling bersaing untuk mendapatkan pelanggan sehinggakan plan Pembiayaan Peribadi bank-bank ini pun hampir sama. 

Cukup dengan itu, mari kita kenali apakah kelebihan Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat ini:
  1. Kadar serendah 2.31%.
  2. Tiada kos tersembunyi.
  3. Tiada tempoh pegangan (apa kebenda tu?).
  4. Murah, mudah dan terjamin.
  5. Pelanggan sedia ada boleh memohon pembiayaan baru tanpa perlu settle pembiayaan yang sedia ada (kalau loan yang sebeleum ini tinggal setahun ke 2 tahun ke dan anda nak buat loan yang satu lagi masih boleh, kelemahannya pembiayaan menjadi tinggi).
  6. 3 bulan berkhidmat boleh memohon.
  7. Yang pengting "KELULUSAN SEGARA" (sign je terus masuk akaun).
Dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan kad pengenalan (standard lah).
  2. Salinan slip gaji terkini (standardlah).
  3. Surat lantikan @ pengesahan jawatan.
  4. Penyata akaun gaji (3 bulan terkini).
Jika berminat, boleh download jadual pinjaman di bawah.

Selasa, 25 Jun 2013

My Life: Bagaimana untuk kira baki pinjaman peribadi?

Kerajaan akan menaikkan KGT pada Julai ini. Mesti ramai nak overlap atau nak full settlement hutang mereka


Semua orang pernah berhutang dan saya pun tidak terkecuali daripada berhutang. Ada hutang kereta, ada hutang pinjaman peribadi dan bakal ada hutang rumah (InsyaAllah). So, tentu ada di antara korang yang ingin mengetahui cara mengira pinjaman peribadi jika anda ingin membuat full settlement.


Rabu, 25 Julai 2012

My Life: Pinjaman Peribadi Bank Islam 2.45% - 4.02%



Kepada yang baru berjinak dengan pinjaman peribadi, Bank Islam ada menawarkan pinjaman mampu milik yang bermula dari 2.45% sehingga 4.02%. Bank Islam mengamalkan prinsip apung dimana bayaran bulanan adalah dalam bentuk BLR tahun. Kurang pasti adakah "kadar apungan" ini boleh ditukar kepada "kadar tetap" seperti yang diberi oleh Bank Rakyat yang mengenakan "kadar tetap" sehingga 4.08% setahun maksimum 20 tahun (diketahui Bank Islam maksimum hanya 15%).

Kebaikan Bank Islam berbanding Bank Rakyat yang diketahui adalah:
  1. Bank Islam mengenakan potongan di akaun gaji manakala Bank Rakyat melalui Biro angkasa. Keburukan menggunakan Biro Angkasa adalah di dalam penyata gaji anda akan ternampak kesan potongan yang mencacatkan.
  2. Internet banking Bank Islam menunjukkan baki yang prinsipal yang perlu kita bayar apabila membuat bayaran penuh manakala Bank Rakyat menunjukkan baki prinsipal+faedah yang ditolak.
Keburukan Bank Islam berbanding Bank Rakyat:
  1. Bank Islam mengenakan "kadar apung" manakala Bank Rakyat mengenakan "kadar tetap" (saya kurang pasti dengan kaedah yang digunakan).
  2. Bank Islam mewajibkan akaun gaji peminjam menggunakan akaun Bank Islam manakala Bank Rakyat tidak mewajibkan peminjam menggunakan akaun simpanan Bank Rakyat sebagai akaun bank gaji peminjam ( sesuai bagi yang duduk dikawasan yang mempunyai kurang liputan Bank Islam atau tidak ada langsung bank Islam kerana kesukaran untuk mengeluarkan gaji).
  3. Akaun simpanan Bank Islam memerlukan minima RM100 di dalam akaun manakala Bank Rakyat hanya memerlukan minima RM10.
Jadual pembayaran pinjaman peribadi Bank Islam ada di bawah

Rabu, 18 Julai 2012

My LiFe: Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 4.08%



Promosi pinjaman peribadi Bank Rakyat hanya 4.08% bermula sekarang sehingga 16 September 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri. Jadual pinjaman ada di bawah.

Isnin, 25 Jun 2012

My Life: Masalah nak masuk Bank Islam Internet Banking?

Hari ini mesti ramai yang enjoy, yelah gaji dah masuk. Hihi. Hari ini jugaklah banyak yang nak pergi bayar bil, e.g bil air,bil api, bil telefon, bayar ansuran kereta, bayar hutang PTPTN dll.

So, bank apa yang anda gunakan untuk online banking? Bank Rakyat (selalu error), CIMB (maintenance tengah malam), Maybank (oklah jugak) atau Bank Islam?



Ok, bagi yang menggunakan 3 bank itu (Bank Rakyat, CIMB dan Maybank) jarang berdepan masalah bila dilayari dengan menggunakan IPad. Lebih-lebih lagi CIMB dan Maybank yang mempunyai Apps tersendiri yang boleh di download d Appstore.

So, bagaimana dengan Bank Islam?