Rabu, 25 Julai 2012

My Life: Pinjaman Peribadi Bank Islam 2.45% - 4.02%



Kepada yang baru berjinak dengan pinjaman peribadi, Bank Islam ada menawarkan pinjaman mampu milik yang bermula dari 2.45% sehingga 4.02%. Bank Islam mengamalkan prinsip apung dimana bayaran bulanan adalah dalam bentuk BLR tahun. Kurang pasti adakah "kadar apungan" ini boleh ditukar kepada "kadar tetap" seperti yang diberi oleh Bank Rakyat yang mengenakan "kadar tetap" sehingga 4.08% setahun maksimum 20 tahun (diketahui Bank Islam maksimum hanya 15%).

Kebaikan Bank Islam berbanding Bank Rakyat yang diketahui adalah:
  1. Bank Islam mengenakan potongan di akaun gaji manakala Bank Rakyat melalui Biro angkasa. Keburukan menggunakan Biro Angkasa adalah di dalam penyata gaji anda akan ternampak kesan potongan yang mencacatkan.
  2. Internet banking Bank Islam menunjukkan baki yang prinsipal yang perlu kita bayar apabila membuat bayaran penuh manakala Bank Rakyat menunjukkan baki prinsipal+faedah yang ditolak.
Keburukan Bank Islam berbanding Bank Rakyat:
  1. Bank Islam mengenakan "kadar apung" manakala Bank Rakyat mengenakan "kadar tetap" (saya kurang pasti dengan kaedah yang digunakan).
  2. Bank Islam mewajibkan akaun gaji peminjam menggunakan akaun Bank Islam manakala Bank Rakyat tidak mewajibkan peminjam menggunakan akaun simpanan Bank Rakyat sebagai akaun bank gaji peminjam ( sesuai bagi yang duduk dikawasan yang mempunyai kurang liputan Bank Islam atau tidak ada langsung bank Islam kerana kesukaran untuk mengeluarkan gaji).
  3. Akaun simpanan Bank Islam memerlukan minima RM100 di dalam akaun manakala Bank Rakyat hanya memerlukan minima RM10.
Jadual pembayaran pinjaman peribadi Bank Islam ada di bawah
klik pada image untuk membesarkan

Untuk mendapatkan jadual yang terbaru. Sila klik Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam 2014



10 ulasan:

  1. Salam...tentera layak x apply loan ni???kalo bleh apply,tlg info sy...mtk tlg sgt2...018 9668332....

    BalasPadam
  2. maaf yer cik. saya tidak bekerja dengan bank. saya kerja gomen.

    BalasPadam
  3. Bagus info ini...sangat bermanfaat! :)

    -bidadarikecilsayang.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Salam, ada lagi ke untuk kadar yg ni sekarang? dan ni utk pekerja government shj or swasta pon boleh ya? terima kasih :)

    BalasPadam
  5. Info anda mengenai pinjaman peribadi bank Islam nie amat berguna sekali. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
  6. Apakah syarat2 utk memohon ye?

    BalasPadam
  7. Syarat senang je. Kalau kerja gomen, jangan lebih 60%. Ini termasuk hutang kereta semua. Sebab kalau mereka key in nama cik/encik di Bank Negara, semua hutang encik mereka tahu. Yg ni kalau tak silap CCRIS.

    BalasPadam
  8. Klu kerja kerajaan baru 4 bulan layak x utk mohon?

    BalasPadam