Selasa, 31 Julai 2012

My Desire: All New Ford Ranger 2.2 XLT


Baru-baru ini, saya sempat menjejakkan kaki ke dalam sebuah kenderaan impian saya iaitu All New Ranger yang diadakan di Bintang Megamall Miri. So apa pandangan saya mengenai truck ini?

Saya menang motor


Bahagian hadapan Rangers
Bagi saya, tiada masalah untuk bahagian hadapan truck ini. Ini kerana, grill hadapannya sangat kelihatan macho dan maskulin macam saya. Macam tokey perut buncit adalah. Tapi truck yang mempunyai bahagian hadapan paling cantik, semestinya Mazda BT-50 yang belum memasuki pasaran Malaysia (kesian Malaysia selalu dapat tempat terakhir).


Grill yang tak macam grill

Bahagian tepi
Bahagian tepi truck ini kelihatan grill yang sangat garang, tetapi jangan tertipu kerana grill ditepi ini plastik yang bukan berfungsi sebagai lubang angin atau apa-apa selain sebagai kosmestik (mungkinlah).


Nak pilih 2 wheel, 4 high atau 4 low?

Bahagian dalam
Bahagian dalam truck ini terbina pelbagai instrumen seperti LCD 4", pencucuh api rokok, sambungan elektrik, pemain vcd yang anda boleh lihat di kiri gambar di atas. 

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Ranger 2.2 XLT sangat kurang berbanding 3.2 Wildtrak kerana ciri-ciri seperti ESP, ALC, TCS, HLA, HDC, ROM, dan TSA tidak terdapat pada model 2.2. Wildtrak juga mempunyai 2 Airbag dihadapan dan di bahagian tingkap, berbanding hanya 2 airbag dihadapan bagi 2.2 XLT.

Tempat duduk agak keras dan mungkin sama keras jika dibandingkan dengan Toyota Hilux model 2012. Jika dibandingkan dengan Dmax, Dmax mempunyai kusyen tempat duduk yang lebih baik tetapi kusyen yang terbaik adalah Nissan Navara.


Image ihsan dpd encik Google

Bahagian Belakang
Bagi aku, yang paling fail adalah bahagian belakang. sambung dibahagian belakang sangat tidak kukuh dan longgar. Tempat yang digunakan untuk mengikat barangan di bedliner juga nampak kurang mantap dan kelihatan seakan-akan dibuat daripada plastik. 

p/s: Dulu memang ingin beli Ford Ranger ni. Yelah, kakak dah beli Hilux, kawan ada Dmax dan aritu dah try tumpang Navara, sedap tapi kosong. So, masih berfikir-fikir lagi nak yang mana. 

Lupa nak bagitau harga, harga di Sarawak untuk model 2.2 XLT manual (RM95188), 2.2 XLT Auto (RM101188) dan untuk model 3.2 Wildtrak (RM120888). Kalau banyak duit, belilah 2. Hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan