Khamis, 2 Ogos 2012

My Desire: All New Kawasaki Ninja 250R 2013






Baru-baru ini, Indonesia menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan model terbaru Kawasaki Ninja 250R ini. Apa yang dapat diperhatikan, model ini telah mendapat banyak penambaikan dari pelbagai segi seperti kosmetik dan enjin. Sekali imbas, motorsikal ini langsung tak tumpah seperti ZX10R dan ER-6F 2012.


Penambahbaikkan yang paling ketara adalah lampu hadapan. Lampu model ini nampak lebih garang menampakkan ciri-ciri futuristik yang selalu diidamkan oleh para penunggang terutama saya sendiri. Saya selalu bertanya, Kawasaki Ninja satu nama yang gah, yang menonjol dengan keluaran Superbikenya, tapi kena design Kawasaki Ninja 250R sangat hodoh? Ternyata doa saya termakbul. Kawasaki melancarkan model terbaru dengan rekaan terkini.


Maybe selepas ini, saya tidak akan menjadi malu untuk menunggang motoriskal ini. Kalau design seperti ini, Megelli, Velocita pun susah nak jual di Malaysia. Sym T2 yang bercirikan street fighter pun akan susah nak tembus pasaran Malaysia kerana model yang ditunggu-tunggu sudahpun keluar.




























- gambar ihsan dari TMCBlog

1 ulasan:

  1. Hentikan lah minat kpd benda2 yang membazirkan wang spt. ini. Ada baiknya beli benda2 yang lebih bermanafaat. Jangan ikut perangai kaum Melayu yang sukakan hidup berseronok dan gaya ala-hippies : Sampai dah tua2 pun masih nak tunggang motor besar gaya macam orang muda...

    BalasPadam