Memaparkan catatan dengan label apung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apung. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Januari 2014

My Review: Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam 2.57% hingga 3.44% 2014


Dah lama x review mengenai 2 pinjaman peribadi bank2 ni. Ok, yang pertama sekali, pinjaman peribadi Bank Islam ni:

  1. Bebas daripada unsur Riba (bagus ni sbb xde riba)
  2.  Pembiayaan dilindungi Takaful (takaful nyawa kot, kalau kena buang kerja tetap kena bayar)
  3. potongan keseluruhan sehingga 70% daripada gaji kasar (70% dengan pembiayaan rumah dan 50% tanpa pembiayaan rumah).
  4. TIADA PENJAMIN diperlukan (taklah penjamin kena kejar kalau penghutang lari).
Syarat-syarat pinjaman:
  • Pemohon mestilah berjawatan TETAP dan mempunyai gaji kasar minima (gaji pokok + elaun tetap) berjumlah RM2000* (Pembiayaan maksimun sehingga 30 kali gaji) sebulan dan ke atas.
Dokumen - dokumen pulak:
  1. salinan kad pengenalan
  2. salinan slip gaji 3 bulan (terkini)
  3. penyata akaun bank 3 bulan (terkini)
  4. surat pengesahan jawatan
  5. surat opsyen persaraan (jika berkenaan)
Yang menarik lagi mengenai pinjaman peribadi Bank Islam adalah:
  1. Nikmati kadar pembiayaan yang rendah.
  2. Pembiayaan maksima sehingga RM200,000 (bagi pembiayaan melebihi RM150,000, pemohon mestilah berpendapatan RM120,000 setahun).
  3. Tidak perlu menjelaskan pembiayaan dengan bank lain untuk menikmati KADAR ISTIMEWA.
Jika berminat, boleh download jadual pinjaman di bawah.

Rabu, 25 Julai 2012

My Life: Pinjaman Peribadi Bank Islam 2.45% - 4.02%



Kepada yang baru berjinak dengan pinjaman peribadi, Bank Islam ada menawarkan pinjaman mampu milik yang bermula dari 2.45% sehingga 4.02%. Bank Islam mengamalkan prinsip apung dimana bayaran bulanan adalah dalam bentuk BLR tahun. Kurang pasti adakah "kadar apungan" ini boleh ditukar kepada "kadar tetap" seperti yang diberi oleh Bank Rakyat yang mengenakan "kadar tetap" sehingga 4.08% setahun maksimum 20 tahun (diketahui Bank Islam maksimum hanya 15%).

Kebaikan Bank Islam berbanding Bank Rakyat yang diketahui adalah:
  1. Bank Islam mengenakan potongan di akaun gaji manakala Bank Rakyat melalui Biro angkasa. Keburukan menggunakan Biro Angkasa adalah di dalam penyata gaji anda akan ternampak kesan potongan yang mencacatkan.
  2. Internet banking Bank Islam menunjukkan baki yang prinsipal yang perlu kita bayar apabila membuat bayaran penuh manakala Bank Rakyat menunjukkan baki prinsipal+faedah yang ditolak.
Keburukan Bank Islam berbanding Bank Rakyat:
  1. Bank Islam mengenakan "kadar apung" manakala Bank Rakyat mengenakan "kadar tetap" (saya kurang pasti dengan kaedah yang digunakan).
  2. Bank Islam mewajibkan akaun gaji peminjam menggunakan akaun Bank Islam manakala Bank Rakyat tidak mewajibkan peminjam menggunakan akaun simpanan Bank Rakyat sebagai akaun bank gaji peminjam ( sesuai bagi yang duduk dikawasan yang mempunyai kurang liputan Bank Islam atau tidak ada langsung bank Islam kerana kesukaran untuk mengeluarkan gaji).
  3. Akaun simpanan Bank Islam memerlukan minima RM100 di dalam akaun manakala Bank Rakyat hanya memerlukan minima RM10.
Jadual pembayaran pinjaman peribadi Bank Islam ada di bawah