Jumaat, 5 Disember 2014

My Life: Kena Flagged di Waze (:p)


Siapa tak kenal Waze ni? Bulan 1 ni genaplah setahun aku guna Waze. Dah lebih 45000 KM yang aku lalui dengan markah terakhir lebih 119800. Sejarah hitam aku bermula apabila aku dihubungi oleh orang no. 1 Waze di Malaysia, Encik MdSyah.

 
PM yang aku terima


Siapa MdSyah ni? Kalau anda biasa dengan Waze dan bila diperhatikan di bahagian scoreboard untuk Malaysia, Beliau merupakan orang yang mendapat tempat pertama.


No. 1 di Malaysia.

Yup, aku pun joinlah group yang dinyatakan.Sp tak excited sebab orang no.1 di Malaysia jemput kt masuk. Tapi kegembiraan ni berakhir begitu sahaja.


Rupanya aku di jemput disebabkan oleh gambar yang direject (kepada yang suka update photo sesuatu tempat, jangan update. takut kena flagged pulak). Sebenarnya aku boleh terima kalau gambar di atas di reject sebab alamat semua tak lengkap, tetapi apabila aku update satu tempat yang lengkap dengan no telefon, masa operasi dan lain-lain direject aku rasakan ada yang tak kena dengan mereka ni.


Aku ambil gambar hadapan, bukan dari dalam, bukan jamban, bukan gambar salah pun di reject. Kerja siapa reject2 ni? Tentulah kerja encik MdSyah. Rupanya dia ni raja Waze Malaysia merangkap map editor. Kalau di reject update kt, mmg kt sekali akan di flagged. So, kepada rakan2 diluar sana yang di flagged (Tak boleh report, tak boleh message dan tak boleh beep) baik tukar id (daftar baru) atau buang jer aplikasi Waze ni.

Aku ni taklah pandai BI. Maybe apa yang aku tulis, orang sakit hati.  Dahlah update aku direject. Sapa tak sakit hatikan? Kalau dah sakit hati, macam2 kt boleh tulis disebabkan rasa sakit dan marah.

Tak suke Malaysia, sila keluar Malaysia. Ironinya.


Undang2 keramat Waze Malaysia yang perlu diikuti yang ramai rakyat Malaysia tak tahu.


Ingat rakyat Malaysia, Waze ni boleh memantau kt dari mana dan hendak kemana. Senarai tempat favourite kt. Bahaya tak? Pada yang kaki pave tu (macam aku) berhati2lah anda sebelum anda di flagged.




PESANAN: ANDA SEDANG DIPERHATIKAN



1 ulasan:

  1. AKU MEMANG TAK SUKA PAKAI WAZE PUN..... WAZE NIE SIAL!!!!

    BalasPadam