Memaparkan catatan dengan label ipad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ipad. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2014

My Eksperimen: Cara Nak Charge Ipad paling laju

Terdapat pelbagai peranti pengecas diluar sana. Tapi adakah anda pasti yang Ipad anda di cas dengan kelajuan maksimum? Di sini saya akan menerangkan mengenai cara  untuk meningkatkan kelajuan untuk mengecas peranti anda terutama Ipad dan tablet-tablet yang seangkatan dengannya.

Alatan dan peranti yang diperlukan:


  1. Charger original Ipad 2.1 A
  2. Kabel original
  3. Kabel yang tak original
  4. Dr changer (untuk menyukat arus)
  5. Power bank Ruinovo, dan
  6. Macbook Pro 2012 (dual boots Windows dan Mac)
Untuk pengetahuan, untuk eksperimen ini saya akan menggunakan Ipad 2 yang mempunyai kapasiti 6930Mah.

UJIAN PERTAMA: Kabel ori + Charger ori 2.1 A + Dr Charger + Ipad 2


Untuk ujian pertama ini, arus yang dipaparkan adalah sebanyak 1.79 A (1790Mah) . Ini bermakna Ipad akan dicas penuh selama 6930 Mah/1790Mah = 3.87 jam 

Sabtu, 1 September 2012

My Desire: Aku dan Macbook pro

Dah lama gak tak tulis apa2 di blog ni. Yelah, kan beraya di kampung. Bukan kampung xde internet tapi bz melayan dan dilayan semasa hari beraya. Hihi. Ok apa update terbaru?


Baru2 aku telah terbeli Macbook Pro. Tapi bukan aku punya. Orang punya. Kalau korang masih ingat, barangan Apple yang aku beli adalah buah Apple hijau di Servey Morsyjaya. Gurau je. Barangan Apple pertama aku adalah Apple Ipad 2 yang aku beli bulan puasa tahun lepas. Selepas itu iPod Touch yang bukan aku punya jugak. Now Macbook Pro orang punya. hihi.

Isnin, 25 Jun 2012

My Life: Masalah nak masuk Bank Islam Internet Banking?

Hari ini mesti ramai yang enjoy, yelah gaji dah masuk. Hihi. Hari ini jugaklah banyak yang nak pergi bayar bil, e.g bil air,bil api, bil telefon, bayar ansuran kereta, bayar hutang PTPTN dll.

So, bank apa yang anda gunakan untuk online banking? Bank Rakyat (selalu error), CIMB (maintenance tengah malam), Maybank (oklah jugak) atau Bank Islam?



Ok, bagi yang menggunakan 3 bank itu (Bank Rakyat, CIMB dan Maybank) jarang berdepan masalah bila dilayari dengan menggunakan IPad. Lebih-lebih lagi CIMB dan Maybank yang mempunyai Apps tersendiri yang boleh di download d Appstore.

So, bagaimana dengan Bank Islam?



Sabtu, 23 Jun 2012

My Work: Macam mana untuk Jailbreak Ipad/ipod/iphone dengan Abshinthe 2.04






Baru-baru ini aku telah mengupgrade ipad ku dari Ios 4.3.3 kepada Ios 5.1.1 dan berjaya menjailbreakkannya untuk mendapatkan kepuasan dan kuasa yang sepatutnya ada pada sebuah peranti. Jadi apakah yang anda perlukan?

1. PC atau MAC dengan Itunes yang paling terkini.
2. Cable data
3. Download IPSW ipad/ipod/iphone yang terbaru. Aku download terus IPSW ini dari laman web kerana kalau download menggunakan itunes, agak memakan masa. Download terus menjimatkan masa dan boleh menggunkan "Download Manager" untuk kuasa download yang lebih pantas.

Anda boleh download IPSW 5.1.1 dibawah:

Ahad, 10 Jun 2012

My Life: Kerosakan charger Ipad? Apa nak buat

Cuti sekolah sudah pun habis, so aku pun berangkatlah ke sekolah tempat aku mengajar di Daro. Untuk pengetahuan, semalam aku sudah berangkat dari Miri ke Kuching dengan menaiki pesawat Maswing MH3807 jam 1900 sampai jam 2100 (tapi ada sedikit delay). Hari ini aku dengan housemate, Adi menaiki Dmax dari Kuching ke Daro.

Para pembaca pasti mengetahui bahawa aku menulis blog menggunakan ipad dengan app "blogpress" yang aku donwload secara illegal (jangan tangkap aku) dari "Installous". Boleh juga didownload dari Appstore dengan harga mampu milik, $2.99 (RM9.00).




Ok, aku bukanlah nak bercerita mengenai "app" yang aku gunakan untuk menulis blog tetapi nak bercerita sedikit dengan software yang boleh digunakan untuk mengecas ipad ketika ketiadaan atau kerosakan charger.
Seperti anda tahu, jika anda menecas menggunakan PC @ laptop, anda tidak akan dapat mengecas ipad anda kerana ipad 2 @ 3 memerlukan arus yang lebih tinggi iaitu melebihi 2 Amp. Apa yang anda akan dapat adalah "Not Charging". Jadi apa yang anda perlu lakukan?