Memaparkan catatan dengan label kabel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kabel. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2014

My Eksperimen: Cara Nak Charge Ipad paling laju

Terdapat pelbagai peranti pengecas diluar sana. Tapi adakah anda pasti yang Ipad anda di cas dengan kelajuan maksimum? Di sini saya akan menerangkan mengenai cara  untuk meningkatkan kelajuan untuk mengecas peranti anda terutama Ipad dan tablet-tablet yang seangkatan dengannya.

Alatan dan peranti yang diperlukan:


  1. Charger original Ipad 2.1 A
  2. Kabel original
  3. Kabel yang tak original
  4. Dr changer (untuk menyukat arus)
  5. Power bank Ruinovo, dan
  6. Macbook Pro 2012 (dual boots Windows dan Mac)
Untuk pengetahuan, untuk eksperimen ini saya akan menggunakan Ipad 2 yang mempunyai kapasiti 6930Mah.

UJIAN PERTAMA: Kabel ori + Charger ori 2.1 A + Dr Charger + Ipad 2


Untuk ujian pertama ini, arus yang dipaparkan adalah sebanyak 1.79 A (1790Mah) . Ini bermakna Ipad akan dicas penuh selama 6930 Mah/1790Mah = 3.87 jam 

Ahad, 10 Jun 2012

My Life: Kerosakan charger Ipad? Apa nak buat

Cuti sekolah sudah pun habis, so aku pun berangkatlah ke sekolah tempat aku mengajar di Daro. Untuk pengetahuan, semalam aku sudah berangkat dari Miri ke Kuching dengan menaiki pesawat Maswing MH3807 jam 1900 sampai jam 2100 (tapi ada sedikit delay). Hari ini aku dengan housemate, Adi menaiki Dmax dari Kuching ke Daro.

Para pembaca pasti mengetahui bahawa aku menulis blog menggunakan ipad dengan app "blogpress" yang aku donwload secara illegal (jangan tangkap aku) dari "Installous". Boleh juga didownload dari Appstore dengan harga mampu milik, $2.99 (RM9.00).




Ok, aku bukanlah nak bercerita mengenai "app" yang aku gunakan untuk menulis blog tetapi nak bercerita sedikit dengan software yang boleh digunakan untuk mengecas ipad ketika ketiadaan atau kerosakan charger.
Seperti anda tahu, jika anda menecas menggunakan PC @ laptop, anda tidak akan dapat mengecas ipad anda kerana ipad 2 @ 3 memerlukan arus yang lebih tinggi iaitu melebihi 2 Amp. Apa yang anda akan dapat adalah "Not Charging". Jadi apa yang anda perlu lakukan?