Jalan cerita
MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man...pemuda yang berperwatakan gila-gila
datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon
hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal
bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang
kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan
Nadia, seorang bekas model. Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam
jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup
berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu.
Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila
Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.
Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari
ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan
kehidupan di Kuala Lumpur. Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan
apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan
kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man,
sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun
malangnya dia ditipu. Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui
ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan.
Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri
janji cinta mereka dahulu. Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man
mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka
berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari Man terserempak
dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala
Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana
dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Man kemudiannya
menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah.
Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia
angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din, seorang tukang urut
tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dan
Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis. Hubungan Man dan
Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.
Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini
hanya pada Salbiah
Sumber: sinemamalaysiaTrailer
Penilaian: (1 dari 10 bintang)
Permulaan filem ni penuh dengan lawak jenaka yqng masih boleh diterima. Tetapi dihujung filem ni aku jadi menyampah. Lakonan yang teruk, skrip yang teruk, video editting yang teruk (macam guna gunting potong filem). Yang menyakitkan hati, mcm mana Osman boleh mengetahui kawan dia, Salim mengkikis duit beliau. Mana scene tu? belum lagi cutscene yang teruk. tengah bercakap potong, potong. Ada lucah ke cite ni? Yang paling menyakitkan hati, apabila kita komen di FB "Man Sewel datang KL", komen kena delete pulak. Mmg x pro sapa yang buat cite ni.
p/s: aku x rekomen sapa2 nak tengok cita ni. Teruk yang teramat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan