Selasa, 5 Jun 2012

Dapat duit rosak dari ATM, apa nak buat?

Pernahkah anda mendapat duit kertas yang rosak dari mesin ATM seperti ini?


So, apa tindakan anda?
Pilihan pertama,  pergi ke Bank empunya mesin ATM (Kalau ada resit, mesin ATM di dalam bank, hari bekerja means bank bukak).

Pilihan kedua, try lipat dan guna di kedai runcit, supermarket, stesen minyak dll (ni untuk yang berhati batu).

Pilihan ketiga,  pergi ke Bank Negara kalau berdekatan dengan anda (suggest kalau nak tukar duit yang bernilai besar mcm RM50 di atas. Kalau nak tukar duit rosak kecik pun mereka terima juz kurang berbaloi je).

Untuk saya, apa yang saya buat?
Untuk kes saya, semasa pengeluaran duit tiada resit so susah nak buktikan apa-apa. Kemudian saya menggunakan ATM di Lapangan Terbang, dan bukannya di mesin bank itu sendiri. Semasa saya mengeluarkan duit itu, cuti umum memang sah bank tak buka dan saya bukannya berhati batu nak susahkan orang lain demi kesenangan saya sendiri.

Rasanya kamu boleh teka apa tindakan sayakan? Pada keesokkan harinya (harinilah) saya pun pergilah ke Bank Negara cawangan Kuching yang terletak di Jalan Satok (kalau anda kaki ikan terubok memang nampak sebab berdepan dengan bangunan Satok). 

Al-kisah, saya pun bawalah Yamaha LC dan parking di Bank Negara (tak ramai orang, boleh masuk ke?dah masuk pun! hahaha). Mula-mula tercari-cari tempat masuk. Masuk 1 pintu rupanya Surau dan tandas. Orang yang berada disitu pun bagitahu nak tukar duit pergi ke tempat yang tengah renovate (yup, Bank Negara cawangan Kuching tengah renovate).

Apa terjadi apabila terjumpa tempat tukar duit?
Mula-mula jumpa abang hensem (hensem lagi saya ni) tengah jaga pintu, tak tahulah polis ke hape. Muka memang tak senyum langsung. Tanya nak tukar duit rosak, dia cakap kuanter 8. Masa dekat kuanter 8, berdiri dalam 1 minit kemudian datang pekerja ambil duit dan tukar duit baru dari laci. Tak tanya pun, tak bercakap pun. SETEL. CEPAT, MESRA dan BETUL. hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan