Sabtu, 15 Disember 2012

My Desire: Iphone 5, Ipad Mini, Nexus 7

Baru-baru ini, banyak peranti yang menarik perhatian aku. Antara peranti-peranti itu adalah Iphone 5, Ipad mini dan Nexus 7. Iphone 5 dah lama dah announce di US tetapi bru 14 Disember ni masuk ke Malaysia. Ipad mini pulak tak silap aku baru launch Oktober atau November lepas dan dah masuk ke Malaysia pun.  

Iphone 5
Iphone 5 yang ditawarkan dengan harga 16Gb (RM2199), 32Gb (RM2499) dan 64Gb (RM2799) yang ditawarkan di Apple Store Malaysia dan mengambil masa 3-4 hari berkerja untuk sampai ke tangan anda. Dibawah merupakan Iphone yang dijual unlock. Kalau anda nak beli dengan pembekal telekomunikasi, banyak yang ada. Contohnya DiGi dan Maxis.

yang mana pilihan anda?



Ipad Mini
Ipad mini dah lama menarik perhatian aku. Baru-baru ini aku berkesempatan memegang (kiranya mcm hands-onlah) ipad mini ni di Miri ni. Ringan boleh tahan tapi yang kurang menarik perhatian aku adalah dari segi processornya yang masih menggunakan processor cip A5 yang digunakan di Ipad 2 (aku dah ada pun) dan juga skrinnya yang bukan retina. So, maybe tunggu ipad mini 2. 

So yang mana pilihan anda?


Nexus 7
Kalau anda peminat android, anda pasti tahu yang jenama "Nexus" merupakan peranti yang menggunakan pure android tanpa skin. Harga bagi model 32Gb 3G adalah RM1099. Murah berbanding model ipad mini.

Nak google?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan