Selepas berkahwin, mestilah kita nak jumpa isteri kita hari-hari kan. Tapi apakan daya, jarak yang memisahkan kami. Jarak sejauh 517KM yang memisahkan kami menyebabkan aku pun membeli sebuah kereta. Apakah kereta pertamaku?
Bukan kereta ini.. hihi
Kereta pertamaku mestilah memenuhi ciri-ciri dibawah:
1. Mempunyai bonet.
2. Jimat minyak
3. Mempunyai 2 airbag sekurang2nya.
4. Auto (sebab aku bukan terer pakai manual, maybe second car manual).
5. Luas dan mempunyai body yang kuat.
6. Mampu milik dan antara termurah di pasaran.
So, keretanya adalah...
Ya, Saga FLX berwarna Rock blue yang menjadi pilihan.
Selepas memiliki kereta ni selama 6 bulan dan jarak perjalanan sejauh 20193KM, kereta ni memberi kepuasan kepada aku. Penggunaan minyak pula dari Daro ke Miri hanya dalam RM70 (jarak 517KM). So kira dalam 15km/l. Dalam bandar Kuching dalam 12km/l. Maybe kalau aku beli Viva dan Myvi minyak lebih jimat, tapi ada ke bonet? jalan jauh ok ke? x ringan sangat ke?
Dalam kebaikan mesti ada keburukan atau kekurangan. Benda pertama jika anda membeli proton, rendahkan jangkaan dan harapan anda. Antara masalah yang dihadapi kereta Saga FLX ini adalah, pintu dibelakang susah untuk di buka, brek belakang berbunyi, side mirror kira kanan bergegar dan berbunyi dan absorber belakang akan mengeluarkan bunyi "kweek" bila ada penumpang belakang. Jangan risau jika semuanya masih dalam "warranty". Claim je.
Diharap pada hari mendatang, kereta ini akan terus berkhidmat dengan cemerlang dan tidak memberikan sebarang masalah. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan