Jumaat, 18 November 2011

Hari terakhir persekolah 2011 di SKCD


Apa pengalaman korank apabila hari terakhir persekolahan? Bersih kelas, tolong cikgu angkat barang atau lebih ekstrem lagi malas bangun tido ke sekolah?

Pengumuman UPSR 2011

Sekadar gambar hiasan

Semalam merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Sebab apa aku menunggu?Sebab semalam, 17 November 2011 merupakan hari keputusan UPSR keluar. Bagaimana Keputusan anak muridku, 6 Delima?

KONDEM???Pelaburan emas


Mari bercerita mengenai Pelaburan Emas.

Pada pendapat korang yang ada membaca blog ini, apa pendapat korang mengenai simpanan emas?Adakah berbaloi atau tidak?Pada pendapat aku, susah nak cakap sama ada berbaloi atau tidak, tapi pada pendapat aku, menyesal juga aku join Pelaburan/simpanan emas ini. Mesti nak tahu mengapakan? Ini sebabnya.

Ahad, 21 Ogos 2011

ipad 2 dan seminggu lagi nak raya

oleh ladi pini via ipad 2

My ipad 2

Jumaat lepas, aku balik kuching coz adalah hal sikit. Malam jumaat lah baru aku sampai ke kuching. bukak pose dalam bas, makan roti, air mineral dan air milo kotak. Agak kelaparan dalam bas dan tak sabar2 anak balik ke rumah. so, apabila sampai je ke kuching, terus pecut motorsikal hampir dengan kelajuan maksimum. Hadoi.

Rabu, 3 Ogos 2011

Bulan Berpuasa

Hari ini tamatlah sudah 3 hari berpuasa. Banyak jugak cabaran berpuasa bagi seorang Guru ek. Sakit tekaklah nak panggil budak2. Budak2 ni macam ada booster je, tak pernah penat dan lelah. Tapi Okaylah.

Tak banyak perkara berlaku. Macam biasa, pagi pergi ngajar budak2 ni. Pastu semalaman ada taklimat mengenai SAPS. Apa itu SAPS?SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Pening jugak kepala nak isi benda ni. Dengan susah nak masuknya. 

Sila klik di sini


Sabtu, 30 Julai 2011

Perjalanan: Miri dan Bekenu


Pada 30/7/2011
Kami menyambung perjalanan dengan impian nak mencukupkan running Ego LC 500KM. Tapi setakat yang terakhir tadi, odometer dalam 305KM (dalam masa 2 hari). Ok antara perkara yang berlaku semasa perjalanan pagi tadi.

Di Bekenu
  1. Bergerak dari rumah pada pukul 10.30am dan meneruskan perjalanan menggunakan Miri Bypass. Sampai ke Morsajaya, kami pun mengisi minyak sebanyak RM4 untuk memenuhkan tangki scooter kesayangan Eila ni.
  2. Apabila penuh, kami pun meneruskan perjalanan menggunakan jalan Miri - Bintulu (jalan bas). Saya memberitahu Eila bahawa perjalanan sejauh 48KM. Perjalanan agak teruk disebabkan keadaann jalan yang teruk dan berbukit bukau. Takut je scooter ni meletup tengah jalan sebab tak tahan dengan keadaan yang berbukit bukau dan jalan tidak rata dan penuh dengan lubang.

Kissm dan Miri.. Oh! Ujian dan Ego LC


Baru-baru ini aku ada menghadiri Kursus Induksi SSM yang bertempat di Paramount Hotel Sibu. Apa yang terjadi dekat sana?

Ahad, 24 Julai 2011

Pelaburan..

Baru-baru ini aku ada dapat idea untuk membuat pelaburan. Yelah, setakat gaji cikgu kemanalah kan. Lagipun cikgu bukan boleh nak berniaga. Sebenarnya, benda ini aku dah fikir 3 4 tahun lepas. Tapi masa tu bukannya ada duit pun.

Lepas je aku dapat kerja, memang dah lupa nak buat. Plan banyak, tapi semua dah lupa. Hadoi. Tapi bila dah ingat, aku nak buat kembali pelaburan. Taklah rugi sangat duit macam tu je. Tak naik tapi lebih ke kurang je. Loan bank tapi duit habis macam tu je, hasil takde untuk jangka masa panjang.

Ada beberapa skim yang aku minat nak melabur. Antaranya:-


  1. ASB
  2. Emas
  3. Forex (wujud lagi ke?)
  4. Atau gabungan semua di atas.
Harap-harap harapan untuk melabur tu berjaya. Amin

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
 
Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
 
Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a)  Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang 
utama;
(b)  Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia 
bagi semua jenis sekolah;
(c)  Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d)  Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e)  Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan  pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f)    Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g)   Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan 
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada  kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h)   Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada  tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

(i)   Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui 
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

(j)   Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di 
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

(k)   Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;

(l)   Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata 
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

(m)   Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, 
  seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
 
Penutup
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

CELCOM BROADBAND

Baru ni celcom broadband dah upgrade speed dan data volume untuk broadbandnya. Layan:-


So, maksudnya kepada pengguna yang ambik BB Lite, speed naik  700kbps(sebelum 384kbps) dan data volume 1.5Gb (sebelum 1 Gb), BB Basic speed 1.5Mbps (sebelum 512kbps) data volume 4 Gb (sebelum 3 Gb) dan BB Advance speed 3.6Mbps (tidak berubah) tetapi ada kenaikkan pada  data volume 6 Gb(sebelum 5 Gb). 

Nampaknya Celcom BB ada plan baru iaitu dipanggil BB Pro dinama bayaran bulanan sebanyak rm138 dengan speed 7.2 Mbps dan data volume sebanyak 10Gb (Kalau aku pakai memang kena 20Gb baru cukup agaknya).

Kesimpulannya, tahniah kepada celcom kerana menaik taraf sistem broadbandnya dan menawarkan plan baru yang mempunyai limit sebanyak 10Gb. Agak sesuai kepada kaki-kaki download tegar seperti aku ni.

Jumaat, 22 Julai 2011

Poco-poco

Haha. Nampaknya akan ada yang menari tarian poco-poco ni pasni. Act, aku paling tak suka tarian ni. Bukanlah sebab haram macam fatwa baru-baru ni. Tapi disebabkan:-

  1. Aku memang tak suka
  2. Kenapa nak menari dan banggakan tarian Indonesia. Cukuplah kita kena tuduh ciplak budaya mereka. Kerajaan Malaysia ni tak pandai fikir ke?
  3. Kalau perempuan yang menari, lelaki tengok. Tak ke teruja?tak stim?
  4. Macam takde tarian yang lebih bagus lagi. Yang lagi canggeh.
  5. Aku malu tengok tarian ni. Harap dekat sekolah aku takdelah menari tarian ni.

Layan:-

Tak kuasa den nak melayan

Selasa, 19 Julai 2011

SEMINAR PERSONEL ICT SEKTOR AWAM

Semalam, 18hb aku balik dari Daro ke Kuching sebab nak join seminar ni. Yelah, aku ganti sorang cikgu yang tak dapat pergi coz dia ada Kursus lain. Maybe berkaitan dengan KSSR. Kalau ikut memang boleh balik jumaat lagi tapi banyak benda yang menyebabkan malas nak balik awal.


Sampai ke Kuching dalam jam 6.10 pastu terus pegi potong rambut. Rambut panjang, tak selesa pulak nak jalan-jalan nak gerak ke mana. Dalam jam 7pm sampailah kerumah. Mana Kemot?


inilah kemot

Owh, kemot dekat Sejijak. Nenek dia ambil bawa balik. Nyway, Kemot dapat adik baru. Kalau kemot nama sebenarnya Ikma, yang baby baru ni namanya Akma. Malam tu ride dengan bapa kemot bawa kemot balik ke rumah. Ada roadblock di jalan tak jauh dengan sekolah matang hilir. Ada aku kesah??

Sambung balik cerita. Pagi tadi dalam jam 7.30am aku pun gerak ke Simpang 3, Bangunan Sultan Iskandar untuk menghadiri seminar personel ICT bermula jam 0800 hingga jam 1600. Member aku dekat sana semestinya dua orang technician dari sekolah aku dan technician sekolah menengah, Amin dan Pali. Kami lah sama-sama ride dari Sibu tu kecuali aku naik bus awal je dari mereka. Mereka naik bus jam 2200, aku lak awal pagi jam 1100.

Berbalik kepada Seminar tu, seminar itu di anjurkan oleh MAMPU. Apa itu mampu?

The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) (Malay : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) is one of the prominent government agencies in Malaysia, that is responsible for 'modernizing and reforming' the public sector.
(pandai-pandailah translate sendiri)

Tak silap terdapat lima bahagian seminar itu. iaitu:
  1. Taklimat Roadmap Kerjaya PTM oleh En. Abdul Rahim bin Ishak
  2. Taklimat Pengurusan Projek ICT Sektor Awam oleh En. Subramani a/p Nagaiah
  3. Taklimat Inisiatif Pengurusan Pengetahuan Dalam Agensi Sektor Awam oleh Dr. Mohammad Zainuddi bin Mat Taib
  4. Taklimat Garis Panduan Pengurusan Pusat Data oleh Pn. Salmah binti Khairuddin
  5. Taklimat Pelaksanaan IPv6 Sektor Awam (Pengalaman PCN) oleh Pn. Siti Mariam binti Shahar & Pn. Nor Faizah binti Jemangin.
Kesimpulannya

Ada banyak benda aku kurang faham mengenai seminar ini. Yelah, benda mereka cakap terlampau mendalam dan aku rasa sebilangan technician (kalau faham sorry k) kurang faham dan ada yang siap tidur lagi. Tapi antara taklimat yang paling aku suka adalah mengenai Taklimat Pusat Data itu.

p/s: Malam ni dah nak balik ke Daro dah. Tiket bus Kuching - Daro pukul 10.00 malam. besok pagi sampailah ke Sibu. Pastu akan bawa motor ke Daro. Gerenti ngantok sangat-sangat. Bosan betul bila tak ada pembonceng dekat belakang.






Sabtu, 16 Julai 2011

masak-masak sendiri, makan-makan sendiri

kenapa tajuk macam ni? Layan dulu lagu ni.



Di tujukan khas buat diriku dan kekasih hatiku yang jauh nun di Lambir..Ratu Lambir katakan..hahahaha.. 

susah jugak nak cari video..

Act aku tengah masak nasi ni, yelah duit takde (duit kurang bukan takde) sebab haritu dah ganti skrin laptop yang hancur lebur dah rm500. Minggu depan ni aku ada seminar di Kuching. Duit tu semua beb. hadoi ai pon.

Act ingat nak wat pinjaman Bank Islam RM40k, nak beli superbike. Nampaknya kena simpan peram dulu cita-cita dan impian tu kerana bank bagitau kena tunggu 1 tahun baru boleh reloan (what da!!). Last2 malas aku nak beli superbike.
bilalah nak beli ni?

Sekarang aku rasa nak ambik lesen keta. Kalau korang nak tahu aku tak ada lesen kereta sebab aku tak suka naik kereta. Ada pengalaman buruk dengan kereta buat aku benci dengan keta. Tapi kerana keperluan, kena juga ada lesen. Nak pegi jumpa awek yang berjauhan dimata tapi dekat dihati..
yey nak beli viva putih !!!

Khamis, 14 Julai 2011

KISSM bukan Kiss me OKAY

Tak lama lagi aku akan menempuh alam KISSM. Apa itu KISSM?KISSM merupakan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Ada faham?Ada 2 modul iaitu modul umum dan umum khusus (kalau salah tolong betulkan). Tugasan dalam bentuk individu, kumpulan, bertulis dan objektif.

Pening jugaklah kepala aku tengok nota-nota yang dibekalkan dalam bentuk cd (445mb rasanya, sapa nak boleh email.). Macam tak membantu langsung, yelah, biasa kursus 2 minggu jadi 3 hari tu pun baca sendiri, memang susah dan mencabar. Apa boleh buat, kes cut cost.

Minggu depan ada seminar ICT di Simpang 3 Kuching. Dahlah tengah bulan, pening juga kepala aku nak bayar tambang ni. Duit dalam wallet ada dalam rm100, cukup tak ni. Dahlah minggu  selepas tu ada KISSM di Hotel Paramount. Fening kepala den..

Tapi pening2 kepala, mungkin selepas KISSM aku nak ke Miri, yelah nak sambut Bday buah hati. Tak pegi majuk kang kang. Yey, boleh bercuti di Miri sambil jumpa awek. Time gaji pulak tu. Yang tak bestnya Ninja 250r masih belom kelihatan. 

Selasa, 12 Julai 2011

Karaoke Time.. Yey

Dah lama nak post video karaoke ni. Berlaku jumaat lepas selepas GFku balik dari kerja. Enjoy !!

Sila-silalah dengar pitching yang lari ni..huhuhu



kalau band Dinamik dengar memang menangis coz pitching semua lari. Tapi aku bukan seorang penyanyi tetapi seorang pendidik bumi kenyalang. 

Jumaat, 8 Julai 2011

Green Lantern, Nokia N9 dan Angry bird

GREEN LANTERN

Green Lantern, dah lama nak tengok cerita ni. Semalam 7/7/11 kami pun pegilah menonton di MBO Kuching. Cite start pukul 8.15 dan kami sampai dalam 6.45. Biasalah Weekdays, kurang orang. Cubanya Sabtu Ahad, maunya tak sempat nak tengok. Huhuhu.

Trailer Green Lantern


Overall cite ni aku bagi 9/10. Cite bagus tapi masalahnya jalan cerita agak tipikal dan dah boleh diagak. Tapi jauh lebih bagus dpd cerita Transformers ngok ngek tulah..huhuhuhu.



NOKIA N9

Act dah lama tahu pasal Nokia N9 ni. Masa di perkenalkan di Singapore dah tahu sebab selalu follow blog Nokia N8. Selalu gak bagitahu dkt GF yang kalau dapat beli Nokia N9, Nokia N8 yang tengah guna ni bagi dkt dia. Rupanya dia tak tahu mengenai Nokia N9 ni. Hadoiyai pon.

Bagi yang tak tahu apa itu Nokia N9, jom tengok video ni.

Nokia N9, Swipe phone.. Amat mudah digunakan

Kalau betul HP ni kuar di Malaysia, harap-harap sempat sambar 1. Coz HP ni kira macam limited edition. Memang terbaiklah HP ni.



ANGRY BIRD

Mungkin ada yang dah muntah bila baca tajuk. Yelah, Angry bird ni kira semua lapisan masyarakat di Malaysia dah main. Tak kira di platform Nokia ke, Android ke, Iphone ke , Google Chrome ke. Baru-baru ni GF ada tunjuk trailer movie dia. Act dah lama tahu mungkin 2-3 bulan lepas. Mungkin nak pos masa tu tak tahu.

Angry Bird trailer

Mungkin time aku tengok diwayang aku tergelak2

Hasil kraftangan my GF. Gifted betol. 

Ahad, 3 Julai 2011

TRANSFORMERS my review

oleh: Ladi

Pada hari ini, 3 Julai 2011 Jam 1845, aku dan GF pegi menonton cerita nilah. Setelah lebih 2 jam menonton, inilah review yang daapat dikupas. Macam biasa, movie mmg menarik tapi disebalik kemenarikkannya itu, ada jugak keburukan. Apa yang buruk?
  1. Macam biasa, gambar mesti tersalah fokus (kadang2). Terutama sekali apabila ada scene robot dengan manusia dalam 1 babak.
  2. Kenapa awal2 Optimus Prime tak tembak terus "pillar" yang bercahaya merah tu. Kan senang cerita tak perlu manusia nak panjat bangunan yang diruntuhkan oleh robot macam cacing penggerudi tu? Kurang sikit manusia yang mati. Ni tak, nak juga manusia panjat tapi last2 dijatuhkan juga oleh Optimus (walaupun agak terlambat).
  3. Watak heroin agak memualkan. Suka yang lama lagi. Bibir "labek" + British accent yang agak menyampah didengar.
  4. Kalau Cybertron berada hampir dengan atmosfera bumi, tidak terjejaskah iklim bumi?sedangkan bulan penuh pun akan berlaku fenomena air pasang surut. Kalau Cybertron dekat dengan bumi, orbit bumi, iklim, daya magnet bumi, graviti bumi mesti terganggu. Sedangkan CO2 aka Karbon Dioksida pun dikatakan boleh menyebabkan pemanasan global. Memang tak logik.
  5. Masa scene akhir ketika Cybertron meletup, terjadi seakan2 fenomena "black hole" ataupun lubang hitam yang menyedut Cybertron tapi kenapa bumi tidak tersedut. Lupakah bahawa lubang hitam mampu menyedut semua zarah termasuk cahaya sekali adoi pun.
  6. Kenapa Autobots tak bagi senjata yang kuat kepada manusia untuk memerangi Decepticons?
  7. Apa hak autobots membantu USA untuk menyerang negara lain?
kepuasan menonton?
3 bintang disebabkan oleh cerita yang agak pelahan. Tapi dengan dibantu oleh teknik CGI yang agak hebat cerita ini tidak nampak terlalu tenggelam. 

Golongan sasaran
sangat sesuai untuk golongan yang tidak terlalu mementingkan details. Jenis yang layan saja mmg sangat2 sesuai.

Sabtu, 25 Jun 2011

Tolong bayar saya punya kad kredit

Tolong bayar saya punya kad kredit. Huhuhu.

Nilah akibatnya kalau berbelanja dengan tidak berkhemah. Hampir nak limit jugak kad ni. Tapi nasib baik dasar kerajaan ni menetapkan limit kad kredit ni 2x gaji, kalau 8x kali mmg x habis bayar punya. Lepas ni akan dijadikan iktibar untuk menguruskan pembelian secara berkhemah. Tapi masalahnya, ada kad hutang ni mmg nak berhutang je kerjenye.adei. Asus Transformer lah, galaxy tab lah, Nokia N9, HTC Sensation, Galaxy S II. Hadoi macam2. 

____________________________________________________________________

Blog nilah yang kadang2 tulis bahasa melayu, kadang2 baca sarawak. Agik idup agik ngelaban

____________________________________________________________________

teringat zaman Universiti. Teringin sangat nak ada kad coz guna untuk paypal. Sekarang dah ada kad, Paypal nak topup guna akaun bank pulak. Budus

Kisah Cinta Melody dan Ninja? Adakah tok blog Cikgu Skema?

Tiba-tiba rasa mok menulis. Dah mok masuk 3-4 bulan juak sik menulis. Yalah, takut juak anak murid (6 Delima, mun maca sila angkat tangan)yang rajin menggoogle nama. Hehehe. Tapi setakat tok semuanya indah2 jak. Kehidupan biasa2 jak, tiada menarik dan tiada yang kurang menarik. 

Baru-baru tok sik alah-alah mimpi ngembak Ninja. Apakah makna mimpi ya semua? Adakah ya bermakna aku akan membeli sebuah motorsikal ninja? Bukanlah sik mampu tapi lebih memikirkan adakah membeli ninja akan menyusahkan hidup pada masa depan. Sik moklah jadi biar papa asal bergaya aka macam melayu tipikal, baru kerja beli "viva putih" (tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia). Tapi beli Ninja sik tipikal bah...

 Ninja owh Ninja


Cinta Melody? Kenak dengan cerita ya walaupun aku sekda nangga? Juz bagi aku aku benci cerita ya coz sik logik. Maksud aku, mun menar-menar suka laki ya, kenaklah boleh nikah dengan laki lain? Adakah ya dinamakan "Jodoh di tangan tuhan?". Lantaklah labu.huhuhu

----------------------------------------------------------------------------

Teringat dulu pernah janji dengan dirik untuk:

~Kerja dengan stabil sebelum umur 25 (Tercapai)
~Ada aset yang besar seperti tanah, rumah, kereta (lom tercapai coz terlampau boros, idea jak ada)
~Beli Ninja (lom tercapai dan tok berbeza dengan aset coz tok impian)
~Ada ladang kelapa sawit sendiri yang merangkumi beberapa sistem yang lengkap seperti kebun, ladang,sistem penjana kuasa, tempat pemprosesan (lom tercapai)
~Mok berhenti pakei internet, masalahnya makin dihenti, semakin ketagih seumpama orang yang ketagih dadah
~Akhir sekali, kahwin umur 26 (lom tercapai sebab lom umur 26)

----------------------------------------------------------------------------

E   N   D

Jumaat, 4 Mac 2011

Minggu - minggu yang berlalu

Macam - macam benda yang berlaku dalam julat 2 minggu yang lalu. Antaranya:

1. Perjumpaan Kadet Remaja (21 Feb 2011)
Perjumpaan kali pertama ahli-ahli TKRS

2. MSS Zon Daro (22 - 23 Feb 2011)
Telah dilantik sebagai jurulatih, tapi lebih kepada juruletih. Mana taknya, tidak ada langsung pengalaman jadi jurulatih, malah bersukan pun jarang. Tapi Alhamdulillah pasukan kami mendapat tempat ke-3, kalau terakhir memang memalukan.

3. First payday (24 Feb 2011)
First time dapat gaji dan bukan elaun daripada KPM.

4. Laptop rosak (25 Feb 2011)
Laptop ni macam tahu-tahu je baru gaji. Tapi takkan nak beli laptop baru?So, macam mana ni?

5. OoOoOoOo balik kampung (25 Feb 2011)
Macam biasa, naik express dari Daro ke Sarikei, lepas tu naik bas dari Sarikei ke Kuching. Laju pulak bus Biaramas buruk ni.

6. Pasang box dkt Motor (26 Feb 2011)
Disebabkan ingin mengembara dengan motorsikal, jadi pasang box untuk memudahkan meletak barang yang patut. Lagipun hari hujan, senang nak simpan baju hujan baru.

7. Helmet KHI aka ARAi hilang (26 Feb 2011)

Helmet KHI aka ARAI dalam kenangan

Selepas memasang box Givi, singgah di Seberkas untuk bertanyakan mengenai laptop yang rosak tempoh hari. Selepas dikecewakan banyak technician yang mengatakan masalah laptop adalah motherboard, hati mula gundah gulana dan berpusing2 kerana ingin mencari laptop baru. Tapi apabila singgah di kedai COMPUMART, seorang lelaki berbangsa cina menawarkan diri untuk melihat laptop yang rosak itu. Ajaibnya, dia berjaya dan dengan bangganya menunjukkan motherboard tiada masalah. Masalah sebenar adalah LCD. Dia menawarkan untuk menggantikan LCD dengan harga RM600. Di fikiran, baik aku try baiki sendiri. Selepas hati sudah senang dan tenang, sekembalinya ke motorsikal, alamak, kenapa dah bergerak motor aku nih. Mana helmet aku????WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...hilang..sial pencuri itu.. Aku sumpah ko jadi katak..Biar mati katak.. Pada waktu yang sama, kereta abang eila dipecah sewaktu membeli belah di pasar.

8. Laptop hidup semula (26 Feb 2011)
Try buka LCD, rupanya sambungan selotep terlepas. apabila ditekan, walaaa..laptop hidup semula.

9. N8 owh N8 ku.. (27 Feb 2011)
HP N8 ku...

Lama sudah teringinkan HP ni. Akhirnya pada masa dan ketika ini, mampu membeli N8 ini.

10. Balik ke Daro bersama Honda Wave 110R (28 Feb 2011)
Box, beg ikat dibelakang bersama beg laptop..helmet cap ayam

Seawal pukul 8 am, bergerak ke terminal express kuching bersama-sama motorsikal kesayangan. Setelah membayar bayaran yang mahal (pengangkutan dan diangkut) akhirnya sampai ke sibu berbekalkan map yang agak 3D oleh Juki, memulakan penggembaraan ke Daro. Agak banyak kali sesat, tapi akhirnya berjaya sampai ke Daro yang permai.

11. My 1Malaysia Pocket Friend (2 Mac 2011)
Borang pesanan My 1Malaysia Pocket Friend

Baru-baru ini 1 mottivasi telah dijalankan di Dewan Kemas, Daro yang dianjurkan oleh SK Campuran Daro dengan pakar motivasi undangan, En. Suhardi Putra menyampaikan motivasinya dan menyebabkan kebanyakkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru menangis termasuk Guru Besar.

Jumaat, 18 Februari 2011

JADUAL WAKTU BOT EXPRESS DARI DARO DAN KAWASAN SEKITAR


Jadual Perkhidmatan Bot Ekspres
Daro-Sibu
Ke Sibu : 06:00am, 08:00am, 10:30am, 12:30pm & 15:00pm
Dari Sibu : 07:00am, 09:30am, 11:30am, 13:30pm & 15:30
*Tambang : RM17.00 - RM20.00 mengikut kelas tempat duduk.

Daro-Sarikei
Ke Sarikei : 06:00am, 09:00am, 13:00pm & 15:30pm
Dari Sarikei : 09:00am, 11:30am, 14:30pm, & 16:00pm
*Tambang : RM18.00 - RM22.00 mengikut kelas tempat duduk.
*Tertakluk kepada kadar semasa.

SUMBER: Jawai Daro

Maulidur Rasul 1432 H Sk Campuran Daro

Belum terlambat agaknya jika ingin mengucapkan SALAM Maulidur Rasul kepada semua. Baru-baru ini sekolah kami telah terlibat dengan perarakan sempena Maulidur Rasul di Masjid yang terletak di Pekan Daro ini. Tahniah di ucapakan kepada semua kerana yang terlibat kerana telah menggondol Johan dan tempat ketiga untuk sepanduk dan Johan keseluruhan untuk kontijen sekolah.

Sepintas  lalu gambar yang sempat diambil.

Sepanduk SK Campuran Daro

Guru dan Ustaz yang tumpang sekaki

keseronokan yang dirasai oleh guru-guru SK Campuran Daro

Selasa, 8 Februari 2011

SELAMAT HARI JADI KE 56.. BAPAKU

Kek Hari Jadi ke 56

Selamat harijadi diucapkan kepada Bapa pada 5 Februari 2011 yang lepas. Berbeza dengan tahun lepas, sambutan tahun ini nampaknya agak kurang meriah berbanding tahun2 lepas yang menyaksikan pelbagai sanak saudara datang menjenguk (malas nak komen). Tak apa, semua itu tak penting, yang penting ada anaknya yang berada disisi. Tahun ini, bagi membalas jasa bapa, aku menghadiahkan sebuah motorsikal LC 135. Terbaekkkkkk...

Sekitar gambar sewaktu sambutan hari jadi bapa

gembiranya adik



sebahagian snek yang ada semasa sambutan Hari Jadi tersebut



Apa yang penting bukanlah kuantiti, tapi lebih kepada kualiti sambutan tersebut. Walaupun jelas boleh dilihat dari mata, bapa menunjukkan kesedihan kerana anak2 yang jauh mahupun yang dekat tak bersama-sama datang meraikan hari jadi beliau, bapa tetap gembira menyambut bersama ibu dan adik tersayang.


Bapa memotong kek bersama Emak


ciuman kemesraan daripaada adik kepada emak

Refleksi:
Jadikan ini sebagai pengajaran yang berguna pada masa hadapan

Ahad, 30 Januari 2011

Motorsikal VS Lundu

Oleh: Ladi bin Pini


TEMA 1: MEMBAIKI MOTORSIKAL

Seperti yang anda sedia maklum, motorsikal mengalami masalah lampu signal yang rosak. So, awal2 pagi lagi aku telah berangkat ke kedai motorsikal untuk membaikinya. Mekanik mengambil masa 2+ jam untuk membuka coversetnya sahaja. Apalah nasib pakai Wave 110R ni.

Motor yang separuh bogel


Sehabis sahaja dibogelkan, rupanya socket lampu terlepas daaa...Buat habis masa berjam2 untuk membuka coverset tapi juz plug in je socket. Signal telah kembali kepada asal.



TEMA 2 : EKSPEDISI KE LUNDU
Tajuk 1   : Pantai Pandan

Motorsikal dah siap dibaiki, minyak hitam pun sudah ditukar dab side mirror tukar jadi biasa. Apalagi, mulakan aktiviti ke Lundu. Sebelum tu nak jemput my aweks di Kampunya. Selepas itu, kami pun menuju ke KFC Bt 7 untuk menikmati Ayam Goreng KFC yang selama ini diimpikan ketika berada di Daro. Selepas selesai menikmati KFC, kami pun menuju ke stesen minyak terdekat sambil membawa bekal sebotol air 100 Plus dan juga 2 bungkus keropok yang akan dinikmati di Lundu.


Pantai Pandan yang bergelora aka gelumbang


Setelah pelbagai rintangan kami hadapi seperti ditahan polis (sama gita rupanya) ketika roadblock, sejam setengah kemudian tepat jam 2 kami telah sampai ke Lundu dan menuju ke Pantai Pandan (Berbeza dengan perancangan awal ke hari 1Belia). Tinggi ombak bukan sebarangan. Menakutkan tapi kami tetap makan dengan selumber. 


Penulis yang slumber makan Twisties memandang ombak besar



Tajuk 2   : Rumah Cikgu Adi

Seingat penulis, rumah Cikgu Adi (Housemate) ada di Lundu. So apa lagi. Call dan menyatakan hasrat ingin menziarahi rumah beliau. Setibanya di sana, kami telah dilayan dengan mesra dan diajak untuk stay sehingga malam. Tapi kami menolak dengan menyatakan ingin balik cepat ke rumah kerana menggunakan motorsikal. Akhirnya, kami telah mendapat buah tangan berupa buah Naga.


Tajuk 3   : Buah tangan dari Lundu

Kami sempat membeli buah tangan dari Lundu untuk dibawa bersama. Keropok ikan dan juga kuah cap versi digolong telah dibeli dengan harga RM10.60. Seterusnya, kami telah meneruskan perjalanan dengan menggunakan jalan Sempadi menggunakan feri untuk menggunakan jalan Matang Jaya dan seterusnya ke Gita.


Tajuk 4   : Kampung selepas Kem PLKN Sempadi

Oh!Tayunk (my love) menyatakan dia ingin menziarahi keluarga sebelah ibunya on da way untuk balik ke Kuching. Setelah sampai ke lokasi kejadian, kami telah disambut dengan senyuman mesra sambil diperhatikan oleh orang2 kampung. Ketika bertanyakan lokasi stesen minyak terdekat, saya telah diberitahu bahawa rumah hadapan mereka menjual minyak (langkah kanan betul) disebabkan minyak motorsikal dah sampai tahap kritikal. Ketika di Lundu, kami telah dihadiahkan dengan Buah Naga. Di kampung ini, kami telah dihadiahkan dengan benih buah Naga. Memang sangat langkah kanan. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kpg Gita dan Kuap.


Tajuk 5    : Refleksi

Penulis telah berjaya menambah ilmu pengetahuan mengenai jalan-jalan di Kuching dan kawasan sekitarnya. Perjalanan dari Batu 7 ke Lundu mengambil masa satu jam setengah dengan purata kelajuan 80kmph dengan jarak 90KM. Jalan Lundu boleh disambungkan melalui jalan Matang Jaya dengan jarak 80+KM dengan melalui Feri yang tidak mengenakan bayaran kepada motorsikal. Berikut merupakan kos yang ditanggung penulis dan Oh!Tayunknya:

Minyak    : RM13.20
100 Plus  : RM 3.50
Keropok   : RM 4.00
Penat     : Priceless...

CNY..Journey from Daro to Kuching :)

Ditulis oleh: Ladi bin Pini untuk merakam kejadian pada 28 Januari 2011

Sempena CNY tahun ni, sekolah kami telah dapat cuti selama seminggu. Ada sesetengah sekolah seperti sekolah kakak di Tatau, Bintulu bersekolah sehingga hari Rabu. Dengan semangat "perjalanan jauh takku rasa, karna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain dimata" walaupun baru je balik 2 minggu yang lalu. Saya telah memulakan perjalanan dengan ditemani CIkgu2 yang lain.

Telah tertampal notis, tidak membenarkan guru-guru sekalian untuk balik awal, maknanya kami boleh bertolak pada pukul 12. Bot express pulak akan departure (ala-ala naik kapal terbanglah pulak) pukul 1. Yang bestnya, time-time camnilah orang ramai naik express. Nak tak nak, kena cepat pegi sebab takut express penuh, percuma je kena berdiri. Alahai, bagilah cikgu yang dah habis mengajar balik awal.

Alamak, time2 macamni jugak wallet xde duit. So, cepat2 dengan Cikgu kami berangkat dan menuju ke ATM. Di Daro ada 2 mesin ATM sahaja yang dioperasikan oleh AGRO BANK aka zaman2 dahulu Bank Pertanian. Ramai pulak orang, mesin plak satu dah out, tinggal 1 lagi. Alamak, mesin ATM jem dan telan kad orang. Apalagi, angkat kaki jelah. Macam lagu "Aku sudah tidak percaya padamu lagi, baik segera engkau angkat kaki". Dengan wallet hanya tinggal RM2, diberanikan diri menelefon Cikgu A (bukan nama sebenar) untuk meminjam duit bayar tiket bot express. Jadi dengan itu, masalah pun selesai.


Bot express yang digunakan untuk ke Sarikei


Sesampai sahaja ke Pengkalan Whaft Daro, mak ai. Ramainya orang. takutnya penuh. Apalagi cepat2 masuk ke express. Berjumpa pulak dengan Cikgu AZ, Sama2 guru yang baru mendaftar. Destinasi Cikgu AZ adalah Pusa manakala kami pulak Kuching. Kalau dalam bahasa Sarawak, Pusa = Kuching. Tapi lain pulak. Apa2lah labu.


Pemandangan disekitar Pengkalan Whaft Daro


Rupa2nya Cikgu A telah mereservedkan kerusi kepada kami berdua (saya dan cikgu Adi). Sebenarnya, Saya, Cikgu Adi dan Cikgu A akan balik bersama2. Mengikut kata Cikgu Adi, Cikgu A menggunakan kereta  kancil. Macam manalah perasaan naik kancil jalan jauh ek?

Tepat jam 1 petang, bot express bergerak. Bukan main penuh lagi. yang paling bestnya, slumber badak je pilot express ni berhenti-henti ambik orang dari jetty berlainan. Mana tak makin penuh. Helo cik abang, ni express air, bukan bas express. maunya tenggelam, sapa nak tanggung?Saya tak pandai berenang.


Gambar menunjukkan kepadatan manusia di dalam express


Hampir 2 jam kemudian, kami telah sampai ke Pekan Sarikei. Rupa2nya di Sarikei, sudah ada yang menunggu kami untuk menyerahkan kunci kereta. Rupa2nya kami akan menggunakan kereta Gen 2, bukan kancil seperti yang dimaklumkan sebelumnya. Kami mengambil masa 2+ jam untuk ke Sri Aman dan berehat makan, dan 2+jam lagi untuk sampai ke Kuching. Sampai ke Kuching dalam pukul 8 Malam. Motorsikal WAVE 110R telah siap2 menunggu di Boulevard Kuching. Offcourse ayah bawakan. So, aku telah dijemput dengan motorsikal. Ayahku memberitahuku yang motorsikalku mengalami masalah signal dimana sebelah kiri tidak berfungsi. Tak apa, besok aku akan ke kedai untuk membaikinya.

Sebelum sampai dirumah, singgah sebentar ke Kubah Ria baru untuk membeli Ayam Panggang aka Manok Panggang. Beli 2 ekor dan dibawa pulang. Sejak Kubah Ria lama diroboh dan berpindah ke lokasi yang baru, ayam panggang ni tidak sesedap dulu. Sekarang ada rasa seperti ayamnya direbus dahulu sebelum dipanggang.


Ahad, 23 Januari 2011

Daro...place like no others..

nilah pic2 sekitar Daro yang sempat dirakam...

gambar diambil di atas pasar tamu Daro


gambar diambil dari hadapan gate sekolah..kuar kaki dari sekolah dah sampai pekan..


Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Campuran Daro


Prasekolah


keadaan sekitar sekolah..


akhir sekali, inilah rumah kami..hanya yang sebelah kiri..kanan cikgu lain

daro owh daro..kaulah pujaan hatiku...

Jumaat, 21 Januari 2011

2011.. dunia baru sebagai seorang pendidik

Assalamualaikum,

Agaknya sudah lama aku tidak mengupdate blogku ini. Biasalah, sebelum ni sibuk dengan tugasan semasa masih training di IPG. Tamat sudah masa setahun. Tamat sudah semua seksaan di IPG, akhirnya pada 9/1/11 aku telah menjejakkan kaki ke tempat tak pernah aku impikan untuk sampai. 

Tempatnya adalah satu daerah asing seperti yang terletak ditengah Sarawak,  di beri nama Daro. Aku kesini bukanlah untuk melancong, tetapi memikul 1 tanggungjawab sebagai seorang Pendidik Bumi Kenyalang.Di tempatkan di SK Campuran Daro, perjalanan yang mengambil masa 6 jam dengan menggunakan bas dari Kuching ke Sarikei. Seterusnya, memakan masa satu jam setengah  menggunakan bot express dari Sarikei ke Pekan Daro.

Okay, bercerita mengenai sekolahku, ianya terletak berhadapan dengan Pekan Daro. Pekan yang agak ajaib seperti Oasis dipadang pasir. Kemudahan serba mencukupi malahan ada yang terkejut apabila aku memberitahu banyak shoplot seperti kawasan Matang Jaya di Kuching dengan sentuhan Benteng Satok pada malam harinya.

Sk Campuran mempunyai murid sekitar 500-600 orang. Mempunyai 2 aliran, iaitu aliran Cina (BC) dan juga aliran Melayu (BM) dan sebab itulah ianya digelar sekolah campuran. Mempunyai tenaga pengajar sekitar 40+ orang, kerani, juruteknik, guard dan sebagainya. Sebuah kelas aliran BM menampung di antara 24-26 orang murid manakala 1 kelas aliran BC mempunyai jumlah sedikit sebanyak kira-kira 8 orang. Disini, aku ditugaskan menjadi guru PJK tahun 1 dan 6, Dunia Sains dan Teknologi tahun 1, Sains tahun 4 dan 6, Muzik tahun 4, Kemahiran Hidup tahun 6 dan juga Pendidikan Seni Visual tahun 6.

Overall, kehidupan disini agak OK. Ditemani housemate yang sedia membantu dikala susah dan senang, GB yang prihatin, rakan-rakan seguru yang sentiasa mengajak dan diajak berborak, rakan-rakan staff yang tak lokek dengan ilmu, murid-murid yang agak nakal, tp masih boleh dibentuk menjadi insan berguna dan juga kehidupan aman damai, yang sukar dicari ganti.

Gambar Pekan Daro, Sk Campuran, bot express akan menyusul kemudian....

P/S: Benda paling aku rindu dengan kehidupan aku sebelum ini adalah pusing-pusing satu Kuching dengan motorsikal kesayanganku dan tentunya dengan orang tersayang. Rindu dengan keluarga terutama Ibu dan Bapa yang tak pernahku rasa sebelum ini. Dulu masa belajar d Labuan dan Bangi, tak pernah rasa "homesick". Sekarang bukan main lagi. ades.