Baru-baru ini aku ada menghadiri Kursus Induksi SSM yang bertempat di Paramount Hotel Sibu. Apa yang terjadi dekat sana?
Pada 26/7/2011
- Gerak dari rumah dekat Daro pada pukul 10.30am, di hantar oleh Housemate, Cikgu Adi
- Naik Express Daro-Sibu yang berharga RM20
- 12.30pm sampai ke Sibu. Call Cikgu Lee sebab nak minta tlg hantarkan ke Hotel (Jimat cikit duit).
- Sampai Hotel pada pukul 1.15 PM
- Check in pada pukul 1.30 PM bersama Ustaz Sulaiman. Act, Ustaz Sulaiman ada kawan iaitu seorang lagi Ustaz so kami ambil bilik 3 orang. Ustaz Farham.
- Selesai Check in, hantar soalan individu masuk ke kursus yang pertama pada pukul 4.30pm (pengenalan kot), 6.30 makan malam (rasa macam di Rajah Court Kuching), 8.00 PM sambung balik mengenai perundang.
Venue: Paramount Hotel Sibu
Pada 27/7/2011
- Kursus bermula dari pukul 8.00 AM sehingga 10.00 PM. Masa ini ada beberapa slot kursus. Walaupun mengantuk, terpaksa buat muka segar, yelah mereka cakap ada penilaian PSK. Hahaha. Cikgu Lee ada berkongsi mengenai jawapan dan jawapan tu aku kongsikan dengan kawan2 yang lain. Tugasan kumpulan pulak dah siap. Tajuk mengenai cabaran wawasan 2020. Nyway, malam tu study sampai pagi.
Bergambar kenang-kenangan
Pada 28/8/2011
- Selepas semalaman tak tido, ingat exam start pukul 8.00am rupa2nya start pukul 9.00am. So, lepas tu pegilah Breakfast. Habis Breakfast balik bilik lepak jap. Datang2 je, rupanya exam dah nak mula..hahaha..
- Exam Objektif selama 40 Minit. Mula pukul 9.00am sampai 9.40am.
- Exam Esei bermula dari 10.00am tapi tamat pada 12.30 tapi aku 11.30 dah siap nak berkemas.
- Lunch pada pukul 12.30 dan jumpa dengan Cikgu Iris dan Cikgu Lee. Cikgu Iris bagitau dia balik dengan seorang Cikgu terus ke Kuching. Aku plak minta Cikgu Lee tolong hantarkan ke Bus Station coz aku nak pegi ke Miri. Kenapa plak aku nak ke Miri?
- Sampai ke bustation, beli tiket pukul 2 dapat naik bus Borneo Highway. Sampai2 je bus Borneo Bus, aku naik rupanya salah pulak, coz ni bas henti2. Buat malu je. Tunggu punya tunggu, mana bas ni. Adalah bas PB yang sampai. Takkan ni bas aku coz aku naik bus Borneo Highway. Rupanya bus PB nilah bus aku. Coz no plat sama dengan yang dkt tiket.
- Pada pukul 2.00PM aku naiklah bus PB dan pada pukul 9.00PM, aku sampailah ke BUMI MIRI, Lupa nak bagitahu, masa naik bus PB jumpa Cikgu Liah. Dia balik ke Bintulu rasanya tapi berhenti di Simpang Selangau.
Mesti korang terpikir kenapa aku nak ke Miri kan?yelah GF aku dah bertugas ke Miri. Lagipun 28/7/2011 ni hari jadi dia.
Pada 29/7/2011
- Pagi2 pegi Wong Motor Miri. Yelah hari2 dah oder Motor Yamaha Ego LC. Ok jugaklah motor ni punya Fuel Consumption dalam 34.2 Km/l. Banding Wave atau LC aku yang satu lagi memang jauh bebenar.
Ego LC Eila
- Banyak jugak tempat kami pusing dengan motor ni. Antaranya Bintang Megamall, Imperial Mall, Emart, Merdeka Mall, Esplaned, Aru tengah, Drive tru McD dekat dengan Permyjaya.
- Sempat juga tengok wayang di Star Cineplex, Merdeka Mall. tengok cita Wuxia, cita apakah itu?Kuar2 dari wayang ternampak plak cita tu dekat kedai CD cetak rompak. Apakah???
Model Star Cineplex, Merdeka Mall
- Last sekali kami pegi ke Pasar Malam di kawasan Seberkas. Beli buku Mastika berharga RM1.50.
Bersambung..
jaoh perjalanan..luas pemandangan
BalasPadamhahaha..cepat servis motor
BalasPadam