Tak lama lagi aku akan menempuh alam KISSM. Apa itu KISSM?KISSM merupakan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Ada faham?Ada 2 modul iaitu modul umum dan umum khusus (kalau salah tolong betulkan). Tugasan dalam bentuk individu, kumpulan, bertulis dan objektif.
Pening jugaklah kepala aku tengok nota-nota yang dibekalkan dalam bentuk cd (445mb rasanya, sapa nak boleh email.). Macam tak membantu langsung, yelah, biasa kursus 2 minggu jadi 3 hari tu pun baca sendiri, memang susah dan mencabar. Apa boleh buat, kes cut cost.
Minggu depan ada seminar ICT di Simpang 3 Kuching. Dahlah tengah bulan, pening juga kepala aku nak bayar tambang ni. Duit dalam wallet ada dalam rm100, cukup tak ni. Dahlah minggu selepas tu ada KISSM di Hotel Paramount. Fening kepala den..
Tapi pening2 kepala, mungkin selepas KISSM aku nak ke Miri, yelah nak sambut Bday buah hati. Tak pegi majuk kang kang. Yey, boleh bercuti di Miri sambil jumpa awek. Time gaji pulak tu. Yang tak bestnya Ninja 250r masih belom kelihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan