Pada 30/7/2011
Kami menyambung perjalanan dengan impian nak mencukupkan running Ego LC 500KM. Tapi setakat yang terakhir tadi, odometer dalam 305KM (dalam masa 2 hari). Ok antara perkara yang berlaku semasa perjalanan pagi tadi.
Di Bekenu
- Bergerak dari rumah pada pukul 10.30am dan meneruskan perjalanan menggunakan Miri Bypass. Sampai ke Morsajaya, kami pun mengisi minyak sebanyak RM4 untuk memenuhkan tangki scooter kesayangan Eila ni.
- Apabila penuh, kami pun meneruskan perjalanan menggunakan jalan Miri - Bintulu (jalan bas). Saya memberitahu Eila bahawa perjalanan sejauh 48KM. Perjalanan agak teruk disebabkan keadaann jalan yang teruk dan berbukit bukau. Takut je scooter ni meletup tengah jalan sebab tak tahan dengan keadaan yang berbukit bukau dan jalan tidak rata dan penuh dengan lubang.
- Semasa menunggang motorsikal dan selepas melalui Simpang ke Lambir (Tempat bersiram ratu Lambir), kamio telah menyaksikan kemalang yang menyebabkan kereta Toyota Vios (maaf tiada gambar) kemalangan dan terjatuh ke dalam longkang.
- Setelah sampai ke Simpang Bekenu, ingatkan dah sampai tetapi masih memerlukan 18KM lagi untuk sampai. Agak terkejut.
- Setelah mengharungi perjalan 18KM tambahan, kami pun sampai ke Bekenu. Jarak perjalanan dari rumah ke Bekenu adalah sejauh 72KM dengan mengharungi jalan yang berlubang, tidak sekata dan berbukit bukau.
- Ok, benda yang paling lawak, rupanya ada jalan yang lebih singkat untuk ke Bekenu yang hanya berjarak 35KM dan jalan yang agak elok. Lawak2
- Kelajuan yang boleh Ego LC ini capai ada 110KM/J (94KM/J Garmin).
- Semasa melalui jalan ini, adalah 1 Lori sampah yang berlagak laju tapi tak laju mana pun. Trylah overtake. Sekali dia bagi air sampah. Sampai sekarang kena bau sampah tu. hadoi
- Semasa melalui jalan Kpg Bakam, kami pun singgah sebentar untuk ambil angin dan try cuci muka untuk menghilangkan bau sampah tapi bau masih ketara.
- Selepas sampai ke Esplaned, kami pun meneruskan perjalanan ke Merdeka Mall untuk makan. Kami telah makan di Sugarbun. Semasa sampai ke Merdeka Mall, perut sangat memulas dan Eila pun belilah ubat teck on untuk sakit perut tu.
- Selepas itu, kami pun meneruskan perjalan ke Bintang Megamall. Alamak, lock yang baru beli semalam dah rosak pulak. Actually, pegi ke Parkson ni nak beli Kasut Eila. Tapi tidak ada saiz.Kesian.
- Balik dan kami meneruskan perjalanan pada malam hari.
- Pada waktu malam, kami pun pergi ke Imperial Mall untuk mencari Lock baru tapi apakan daya, lock cap ayam tu jugak yang ada. Perut dah lapar, kami pun teringin nak malan Lalapan so kami makanlah di tempat yang di panggil 'Muara'. Pedasnya lalapan..
Esok dah nak balik ke Daro dah. Bas awal pagi ke Sibu pastu Cikgu Adi akan jemput di bandar Sibu.
tatkala air sampah lori sampah mencurah2 seperti air ujan..adoiii tuihhh tuihhh..eiiii
BalasPadam