Ahad, 3 Julai 2011

TRANSFORMERS my review

oleh: Ladi

Pada hari ini, 3 Julai 2011 Jam 1845, aku dan GF pegi menonton cerita nilah. Setelah lebih 2 jam menonton, inilah review yang daapat dikupas. Macam biasa, movie mmg menarik tapi disebalik kemenarikkannya itu, ada jugak keburukan. Apa yang buruk?
  1. Macam biasa, gambar mesti tersalah fokus (kadang2). Terutama sekali apabila ada scene robot dengan manusia dalam 1 babak.
  2. Kenapa awal2 Optimus Prime tak tembak terus "pillar" yang bercahaya merah tu. Kan senang cerita tak perlu manusia nak panjat bangunan yang diruntuhkan oleh robot macam cacing penggerudi tu? Kurang sikit manusia yang mati. Ni tak, nak juga manusia panjat tapi last2 dijatuhkan juga oleh Optimus (walaupun agak terlambat).
  3. Watak heroin agak memualkan. Suka yang lama lagi. Bibir "labek" + British accent yang agak menyampah didengar.
  4. Kalau Cybertron berada hampir dengan atmosfera bumi, tidak terjejaskah iklim bumi?sedangkan bulan penuh pun akan berlaku fenomena air pasang surut. Kalau Cybertron dekat dengan bumi, orbit bumi, iklim, daya magnet bumi, graviti bumi mesti terganggu. Sedangkan CO2 aka Karbon Dioksida pun dikatakan boleh menyebabkan pemanasan global. Memang tak logik.
  5. Masa scene akhir ketika Cybertron meletup, terjadi seakan2 fenomena "black hole" ataupun lubang hitam yang menyedut Cybertron tapi kenapa bumi tidak tersedut. Lupakah bahawa lubang hitam mampu menyedut semua zarah termasuk cahaya sekali adoi pun.
  6. Kenapa Autobots tak bagi senjata yang kuat kepada manusia untuk memerangi Decepticons?
  7. Apa hak autobots membantu USA untuk menyerang negara lain?
kepuasan menonton?
3 bintang disebabkan oleh cerita yang agak pelahan. Tapi dengan dibantu oleh teknik CGI yang agak hebat cerita ini tidak nampak terlalu tenggelam. 

Golongan sasaran
sangat sesuai untuk golongan yang tidak terlalu mementingkan details. Jenis yang layan saja mmg sangat2 sesuai.

3 ulasan: