Semalam, 18hb aku balik dari Daro ke Kuching sebab nak join seminar ni. Yelah, aku ganti sorang cikgu yang tak dapat pergi coz dia ada Kursus lain. Maybe berkaitan dengan KSSR. Kalau ikut memang boleh balik jumaat lagi tapi banyak benda yang menyebabkan malas nak balik awal.
Sampai ke Kuching dalam jam 6.10 pastu terus pegi potong rambut. Rambut panjang, tak selesa pulak nak jalan-jalan nak gerak ke mana. Dalam jam 7pm sampailah kerumah. Mana Kemot?
inilah kemot
Owh, kemot dekat Sejijak. Nenek dia ambil bawa balik. Nyway, Kemot dapat adik baru. Kalau kemot nama sebenarnya Ikma, yang baby baru ni namanya Akma. Malam tu ride dengan bapa kemot bawa kemot balik ke rumah. Ada roadblock di jalan tak jauh dengan sekolah matang hilir. Ada aku kesah??
Sambung balik cerita. Pagi tadi dalam jam 7.30am aku pun gerak ke Simpang 3, Bangunan Sultan Iskandar untuk menghadiri seminar personel ICT bermula jam 0800 hingga jam 1600. Member aku dekat sana semestinya dua orang technician dari sekolah aku dan technician sekolah menengah, Amin dan Pali. Kami lah sama-sama ride dari Sibu tu kecuali aku naik bus awal je dari mereka. Mereka naik bus jam 2200, aku lak awal pagi jam 1100.
Berbalik kepada Seminar tu, seminar itu di anjurkan oleh MAMPU. Apa itu mampu?
The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) (Malay : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) is one of the prominent government agencies in Malaysia, that is responsible for 'modernizing and reforming' the public sector.
(pandai-pandailah translate sendiri)
Tak silap terdapat lima bahagian seminar itu. iaitu:
- Taklimat Roadmap Kerjaya PTM oleh En. Abdul Rahim bin Ishak
- Taklimat Pengurusan Projek ICT Sektor Awam oleh En. Subramani a/p Nagaiah
- Taklimat Inisiatif Pengurusan Pengetahuan Dalam Agensi Sektor Awam oleh Dr. Mohammad Zainuddi bin Mat Taib
- Taklimat Garis Panduan Pengurusan Pusat Data oleh Pn. Salmah binti Khairuddin
- Taklimat Pelaksanaan IPv6 Sektor Awam (Pengalaman PCN) oleh Pn. Siti Mariam binti Shahar & Pn. Nor Faizah binti Jemangin.
Kesimpulannya
Ada banyak benda aku kurang faham mengenai seminar ini. Yelah, benda mereka cakap terlampau mendalam dan aku rasa sebilangan technician (kalau faham sorry k) kurang faham dan ada yang siap tidur lagi. Tapi antara taklimat yang paling aku suka adalah mengenai Taklimat Pusat Data itu.
p/s: Malam ni dah nak balik ke Daro dah. Tiket bus Kuching - Daro pukul 10.00 malam. besok pagi sampailah ke Sibu. Pastu akan bawa motor ke Daro. Gerenti ngantok sangat-sangat. Bosan betul bila tak ada pembonceng dekat belakang.
tedah ya xda org blkang
BalasPadamberaie
BalasPadam=(...beraie juak..kmk nunggu ktk molah blog pasal kmk gik hahaha
BalasPadam