Jumaat, 18 November 2011

KONDEM???Pelaburan emas


Mari bercerita mengenai Pelaburan Emas.

Pada pendapat korang yang ada membaca blog ini, apa pendapat korang mengenai simpanan emas?Adakah berbaloi atau tidak?Pada pendapat aku, susah nak cakap sama ada berbaloi atau tidak, tapi pada pendapat aku, menyesal juga aku join Pelaburan/simpanan emas ini. Mesti nak tahu mengapakan? Ini sebabnya.


  1.  Jangan beli emas menggunakan duit pinjaman peribadi. Yup, mungkin ada yang memberi contoh jika anda membuat pinjaman 10k pada 1990, beli emas pada masa itu, anda akan mendapat pulang sebanyak 3-4 kali ganda pinjaman. Banyak bukan? Tak banyak pun sebenarnya. Kenapa tak banyak? sebab saya tak pasti ada bank nak bagi pinjaman sebanyak itu pada masa itu. Kalau ada, mesti dah di tolak dengan 2 bulan payment, bayaran ini, bayaran itu dan akhirnya tinggal berapa? Lebih baik simpan emas dengan duit sendiri. Kalau mampu beli, tak mampu tak payah. Jangan buat pinjaman untuk pelaburan. Kalau buat bisnes lainlah.
  2. Melaburlah dalam Silver. Sebab apa?sebab silver ni harga cepat jatuh cepat jugak naik. Tahun lepas harga silver ada separuh daripada harga sekarang bermakna anda akan untung 2x ganda dalam masa setahun. Contoh beli silver 10k untung 20k, 50k untung 100k dsbnya.
  3. Sebenarnya, harga emas sekarang lebih rendah dari harga emas tahun 1980 (kalau diikutkan inflasi). So, apabila harga emas dah sampai ke puncak, dijangka $2300, aku yakin akan turun/jatuh terus kecuali Dollar US jatuh/lemah yang menyebabkan harga emas meningkat tetapi mesti diingat, ketika itu duit tidak bernilai.
  4. Paling best adalah mengenai perkataan KONDEM. Anda tahu perkataan KONDEM (condemn)? kalau direct translation dari google translate bermaksud mengutuk. Tapi kalau mengutuk dalam bahasa melayu bercakap cakap belakang. Tapi yang ini mungkin maksud yang lebih tepat "Express complete disapproval of, typically in public; censure". Maksudnya tidak bersetuju secara awam/terang2an. Jika anda berasal dari sarawak, perkataan kondem bermaksud anda menjatuhkan orang lain. Kenapa saya nak taip mengenai kondem ini? Ini disebabkan oleh syarikat2 yang menawarkan pelaburan/simpanan emas di Malaysia saling mengondem anda satu sama yang lain. Jika anda tidak menyokong mana2 syarikat ini, anda akan dituduh kondem. Banyak soal kondem. Lain pendapat kondem. Jadi, jikalau anda ingin membeli emas, pastikan lepas beli jangan join sebab takut digelar sebagai kaki kondem. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dengan 1 syarikat yang mana ahlinya menuduh saya kondemkan mereka. Saya rasa amat terhina sekali dengan penyataan mereka. Saya cuma berikan pendapat, apa yang mereka dapat fikirkan adalah saya kondemkan mereka.
Kesimpulannya,
  • Jangan buat pinjaman untuk buat pelaburan. Jika buat pinjaman untuk berniaga, amat digalakkan. Terdapat banyak perbezaan yang ketara antara pinjaman untuk pelaburan dan berniaga. 
  • Jangan membeli emas dengan menggunakan duit pinjaman peribadi dengan nilai yang tinggi kecuali berkemampuan untuk membayar bulan2.
  • Beli silver untuk jangka masa pendek. Beli murah, jual mahal.
  • Kalau boleh, "YA"kan saja. kalau tidak anda akan di tuduh kaki kondem oleh orang kuat dalam syarikat tu. Kecuali anda anak datuklah.

P/S: Saya tidak akan menyatakan nama syarikat yang terlibat. Tetapi ini adalah luahan saya mengenai kepincangan orang yang terlibat, bukan kepincangan syarikat pelaburan/simpanan emas itu. bagi saya, syarikat OK, yang tidak OK adalah orang yang terlibat. Mungkin saya akan jual emas yang saya ada dalam masa terdepat. Malas nak simpan. Buat sakit hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan