Jumaat, 18 November 2011

Pengumuman UPSR 2011

Sekadar gambar hiasan

Semalam merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Sebab apa aku menunggu?Sebab semalam, 17 November 2011 merupakan hari keputusan UPSR keluar. Bagaimana Keputusan anak muridku, 6 Delima?


Malam sebelumnya, aku susah nak tidur. Yalah, macam keputusan aku pulak yang akan keluar. Bangun tidur masih terbayang2 keputusan yang anak murid aku terima. Harap2 ada yang dapat A paper Science ku.

8.00 AM- Masa seperti sangat lambat. Tunggu tunggu tunggu bila lagi nak pukul 10 ni.

9.45 AM-Seorang guru memberitahu yang setiap guru tahun 6 perlu ke makmal komputer untuk analisis keputusan UPSR

10.30 AM-Masih belum dapat keputusan.

10.45 AM-Dapat result. Mak ai, seorang pun tak dapat A. Sedihlah pulak

11.00 AM-Pengumuman keputusan UPSR kepada murid tahun 6, guru tahun 6 duduk di depan.

11.30 AM-Penyerahan slip UPSR kepada murid, ucapan ibu kepada murid yang mendapat 5A.

12.00 PM-Jamuan dan bersurai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan