Jumaat, 21 Januari 2011

2011.. dunia baru sebagai seorang pendidik

Assalamualaikum,

Agaknya sudah lama aku tidak mengupdate blogku ini. Biasalah, sebelum ni sibuk dengan tugasan semasa masih training di IPG. Tamat sudah masa setahun. Tamat sudah semua seksaan di IPG, akhirnya pada 9/1/11 aku telah menjejakkan kaki ke tempat tak pernah aku impikan untuk sampai. 

Tempatnya adalah satu daerah asing seperti yang terletak ditengah Sarawak,  di beri nama Daro. Aku kesini bukanlah untuk melancong, tetapi memikul 1 tanggungjawab sebagai seorang Pendidik Bumi Kenyalang.Di tempatkan di SK Campuran Daro, perjalanan yang mengambil masa 6 jam dengan menggunakan bas dari Kuching ke Sarikei. Seterusnya, memakan masa satu jam setengah  menggunakan bot express dari Sarikei ke Pekan Daro.

Okay, bercerita mengenai sekolahku, ianya terletak berhadapan dengan Pekan Daro. Pekan yang agak ajaib seperti Oasis dipadang pasir. Kemudahan serba mencukupi malahan ada yang terkejut apabila aku memberitahu banyak shoplot seperti kawasan Matang Jaya di Kuching dengan sentuhan Benteng Satok pada malam harinya.

Sk Campuran mempunyai murid sekitar 500-600 orang. Mempunyai 2 aliran, iaitu aliran Cina (BC) dan juga aliran Melayu (BM) dan sebab itulah ianya digelar sekolah campuran. Mempunyai tenaga pengajar sekitar 40+ orang, kerani, juruteknik, guard dan sebagainya. Sebuah kelas aliran BM menampung di antara 24-26 orang murid manakala 1 kelas aliran BC mempunyai jumlah sedikit sebanyak kira-kira 8 orang. Disini, aku ditugaskan menjadi guru PJK tahun 1 dan 6, Dunia Sains dan Teknologi tahun 1, Sains tahun 4 dan 6, Muzik tahun 4, Kemahiran Hidup tahun 6 dan juga Pendidikan Seni Visual tahun 6.

Overall, kehidupan disini agak OK. Ditemani housemate yang sedia membantu dikala susah dan senang, GB yang prihatin, rakan-rakan seguru yang sentiasa mengajak dan diajak berborak, rakan-rakan staff yang tak lokek dengan ilmu, murid-murid yang agak nakal, tp masih boleh dibentuk menjadi insan berguna dan juga kehidupan aman damai, yang sukar dicari ganti.

Gambar Pekan Daro, Sk Campuran, bot express akan menyusul kemudian....

P/S: Benda paling aku rindu dengan kehidupan aku sebelum ini adalah pusing-pusing satu Kuching dengan motorsikal kesayanganku dan tentunya dengan orang tersayang. Rindu dengan keluarga terutama Ibu dan Bapa yang tak pernahku rasa sebelum ini. Dulu masa belajar d Labuan dan Bangi, tak pernah rasa "homesick". Sekarang bukan main lagi. ades.

5 ulasan: