Ditulis oleh: Ladi bin Pini untuk merakam kejadian pada 28 Januari 2011
Sempena CNY tahun ni, sekolah kami telah dapat cuti selama seminggu. Ada sesetengah sekolah seperti sekolah kakak di Tatau, Bintulu bersekolah sehingga hari Rabu. Dengan semangat "perjalanan jauh takku rasa, karna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain dimata" walaupun baru je balik 2 minggu yang lalu. Saya telah memulakan perjalanan dengan ditemani CIkgu2 yang lain.
Telah tertampal notis, tidak membenarkan guru-guru sekalian untuk balik awal, maknanya kami boleh bertolak pada pukul 12. Bot express pulak akan departure (ala-ala naik kapal terbanglah pulak) pukul 1. Yang bestnya, time-time camnilah orang ramai naik express. Nak tak nak, kena cepat pegi sebab takut express penuh, percuma je kena berdiri. Alahai, bagilah cikgu yang dah habis mengajar balik awal.
Alamak, time2 macamni jugak wallet xde duit. So, cepat2 dengan Cikgu kami berangkat dan menuju ke ATM. Di Daro ada 2 mesin ATM sahaja yang dioperasikan oleh AGRO BANK aka zaman2 dahulu Bank Pertanian. Ramai pulak orang, mesin plak satu dah out, tinggal 1 lagi. Alamak, mesin ATM jem dan telan kad orang. Apalagi, angkat kaki jelah. Macam lagu "Aku sudah tidak percaya padamu lagi, baik segera engkau angkat kaki". Dengan wallet hanya tinggal RM2, diberanikan diri menelefon Cikgu A (bukan nama sebenar) untuk meminjam duit bayar tiket bot express. Jadi dengan itu, masalah pun selesai.
Bot express yang digunakan untuk ke Sarikei
Sesampai sahaja ke Pengkalan Whaft Daro, mak ai. Ramainya orang. takutnya penuh. Apalagi cepat2 masuk ke express. Berjumpa pulak dengan Cikgu AZ, Sama2 guru yang baru mendaftar. Destinasi Cikgu AZ adalah Pusa manakala kami pulak Kuching. Kalau dalam bahasa Sarawak, Pusa = Kuching. Tapi lain pulak. Apa2lah labu.
Pemandangan disekitar Pengkalan Whaft Daro
Rupa2nya Cikgu A telah mereservedkan kerusi kepada kami berdua (saya dan cikgu Adi). Sebenarnya, Saya, Cikgu Adi dan Cikgu A akan balik bersama2. Mengikut kata Cikgu Adi, Cikgu A menggunakan kereta kancil. Macam manalah perasaan naik kancil jalan jauh ek?
Tepat jam 1 petang, bot express bergerak. Bukan main penuh lagi. yang paling bestnya, slumber badak je pilot express ni berhenti-henti ambik orang dari jetty berlainan. Mana tak makin penuh. Helo cik abang, ni express air, bukan bas express. maunya tenggelam, sapa nak tanggung?Saya tak pandai berenang.
Gambar menunjukkan kepadatan manusia di dalam express
Hampir 2 jam kemudian, kami telah sampai ke Pekan Sarikei. Rupa2nya di Sarikei, sudah ada yang menunggu kami untuk menyerahkan kunci kereta. Rupa2nya kami akan menggunakan kereta Gen 2, bukan kancil seperti yang dimaklumkan sebelumnya. Kami mengambil masa 2+ jam untuk ke Sri Aman dan berehat makan, dan 2+jam lagi untuk sampai ke Kuching. Sampai ke Kuching dalam pukul 8 Malam. Motorsikal WAVE 110R telah siap2 menunggu di Boulevard Kuching. Offcourse ayah bawakan. So, aku telah dijemput dengan motorsikal. Ayahku memberitahuku yang motorsikalku mengalami masalah signal dimana sebelah kiri tidak berfungsi. Tak apa, besok aku akan ke kedai untuk membaikinya.
Sebelum sampai dirumah, singgah sebentar ke Kubah Ria baru untuk membeli Ayam Panggang aka Manok Panggang. Beli 2 ekor dan dibawa pulang. Sejak Kubah Ria lama diroboh dan berpindah ke lokasi yang baru, ayam panggang ni tidak sesedap dulu. Sekarang ada rasa seperti ayamnya direbus dahulu sebelum dipanggang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan