TEMA 1: MEMBAIKI MOTORSIKAL
Seperti yang anda sedia maklum, motorsikal mengalami masalah lampu signal yang rosak. So, awal2 pagi lagi aku telah berangkat ke kedai motorsikal untuk membaikinya. Mekanik mengambil masa 2+ jam untuk membuka coversetnya sahaja. Apalah nasib pakai Wave 110R ni.
Motor yang separuh bogel
Sehabis sahaja dibogelkan, rupanya socket lampu terlepas daaa...Buat habis masa berjam2 untuk membuka coverset tapi juz plug in je socket. Signal telah kembali kepada asal.
TEMA 2 : EKSPEDISI KE LUNDU
Tajuk 1 : Pantai Pandan
Motorsikal dah siap dibaiki, minyak hitam pun sudah ditukar dab side mirror tukar jadi biasa. Apalagi, mulakan aktiviti ke Lundu. Sebelum tu nak jemput my aweks di Kampunya. Selepas itu, kami pun menuju ke KFC Bt 7 untuk menikmati Ayam Goreng KFC yang selama ini diimpikan ketika berada di Daro. Selepas selesai menikmati KFC, kami pun menuju ke stesen minyak terdekat sambil membawa bekal sebotol air 100 Plus dan juga 2 bungkus keropok yang akan dinikmati di Lundu.
Pantai Pandan yang bergelora aka gelumbang
Setelah pelbagai rintangan kami hadapi seperti ditahan polis (sama gita rupanya) ketika roadblock, sejam setengah kemudian tepat jam 2 kami telah sampai ke Lundu dan menuju ke Pantai Pandan (Berbeza dengan perancangan awal ke hari 1Belia). Tinggi ombak bukan sebarangan. Menakutkan tapi kami tetap makan dengan selumber.
Penulis yang slumber makan Twisties memandang ombak besar
Tajuk 2 : Rumah Cikgu Adi
Seingat penulis, rumah Cikgu Adi (Housemate) ada di Lundu. So apa lagi. Call dan menyatakan hasrat ingin menziarahi rumah beliau. Setibanya di sana, kami telah dilayan dengan mesra dan diajak untuk stay sehingga malam. Tapi kami menolak dengan menyatakan ingin balik cepat ke rumah kerana menggunakan motorsikal. Akhirnya, kami telah mendapat buah tangan berupa buah Naga.
Tajuk 3 : Buah tangan dari Lundu
Kami sempat membeli buah tangan dari Lundu untuk dibawa bersama. Keropok ikan dan juga kuah cap versi digolong telah dibeli dengan harga RM10.60. Seterusnya, kami telah meneruskan perjalanan dengan menggunakan jalan Sempadi menggunakan feri untuk menggunakan jalan Matang Jaya dan seterusnya ke Gita.
Tajuk 4 : Kampung selepas Kem PLKN Sempadi
Oh!Tayunk (my love) menyatakan dia ingin menziarahi keluarga sebelah ibunya on da way untuk balik ke Kuching. Setelah sampai ke lokasi kejadian, kami telah disambut dengan senyuman mesra sambil diperhatikan oleh orang2 kampung. Ketika bertanyakan lokasi stesen minyak terdekat, saya telah diberitahu bahawa rumah hadapan mereka menjual minyak (langkah kanan betul) disebabkan minyak motorsikal dah sampai tahap kritikal. Ketika di Lundu, kami telah dihadiahkan dengan Buah Naga. Di kampung ini, kami telah dihadiahkan dengan benih buah Naga. Memang sangat langkah kanan. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kpg Gita dan Kuap.
Tajuk 5 : Refleksi
Penulis telah berjaya menambah ilmu pengetahuan mengenai jalan-jalan di Kuching dan kawasan sekitarnya. Perjalanan dari Batu 7 ke Lundu mengambil masa satu jam setengah dengan purata kelajuan 80kmph dengan jarak 90KM. Jalan Lundu boleh disambungkan melalui jalan Matang Jaya dengan jarak 80+KM dengan melalui Feri yang tidak mengenakan bayaran kepada motorsikal. Berikut merupakan kos yang ditanggung penulis dan Oh!Tayunknya:
Minyak : RM13.20
100 Plus : RM 3.50
Keropok : RM 4.00
Penat : Priceless...
pastok ktk bukak blog "Destinasi Penjelajahan Wave 110R" =)@ apa best di sitok tek? hahahaha
BalasPadamapa best dengan Ninja kmk tek..huhuhu
BalasPadamhahaha mok ninja mok ninja
BalasPadam