Sabtu, 30 Julai 2011

Perjalanan: Miri dan Bekenu


Pada 30/7/2011
Kami menyambung perjalanan dengan impian nak mencukupkan running Ego LC 500KM. Tapi setakat yang terakhir tadi, odometer dalam 305KM (dalam masa 2 hari). Ok antara perkara yang berlaku semasa perjalanan pagi tadi.

Di Bekenu
  1. Bergerak dari rumah pada pukul 10.30am dan meneruskan perjalanan menggunakan Miri Bypass. Sampai ke Morsajaya, kami pun mengisi minyak sebanyak RM4 untuk memenuhkan tangki scooter kesayangan Eila ni.
  2. Apabila penuh, kami pun meneruskan perjalanan menggunakan jalan Miri - Bintulu (jalan bas). Saya memberitahu Eila bahawa perjalanan sejauh 48KM. Perjalanan agak teruk disebabkan keadaann jalan yang teruk dan berbukit bukau. Takut je scooter ni meletup tengah jalan sebab tak tahan dengan keadaan yang berbukit bukau dan jalan tidak rata dan penuh dengan lubang.

Kissm dan Miri.. Oh! Ujian dan Ego LC


Baru-baru ini aku ada menghadiri Kursus Induksi SSM yang bertempat di Paramount Hotel Sibu. Apa yang terjadi dekat sana?

Ahad, 24 Julai 2011

Pelaburan..

Baru-baru ini aku ada dapat idea untuk membuat pelaburan. Yelah, setakat gaji cikgu kemanalah kan. Lagipun cikgu bukan boleh nak berniaga. Sebenarnya, benda ini aku dah fikir 3 4 tahun lepas. Tapi masa tu bukannya ada duit pun.

Lepas je aku dapat kerja, memang dah lupa nak buat. Plan banyak, tapi semua dah lupa. Hadoi. Tapi bila dah ingat, aku nak buat kembali pelaburan. Taklah rugi sangat duit macam tu je. Tak naik tapi lebih ke kurang je. Loan bank tapi duit habis macam tu je, hasil takde untuk jangka masa panjang.

Ada beberapa skim yang aku minat nak melabur. Antaranya:-


  1. ASB
  2. Emas
  3. Forex (wujud lagi ke?)
  4. Atau gabungan semua di atas.
Harap-harap harapan untuk melabur tu berjaya. Amin

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
 
Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
 
Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a)  Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang 
utama;
(b)  Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia 
bagi semua jenis sekolah;
(c)  Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d)  Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e)  Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan  pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f)    Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g)   Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan 
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada  kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h)   Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada  tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

(i)   Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui 
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

(j)   Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di 
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

(k)   Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;

(l)   Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata 
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

(m)   Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, 
  seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
 
Penutup
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

CELCOM BROADBAND

Baru ni celcom broadband dah upgrade speed dan data volume untuk broadbandnya. Layan:-


So, maksudnya kepada pengguna yang ambik BB Lite, speed naik  700kbps(sebelum 384kbps) dan data volume 1.5Gb (sebelum 1 Gb), BB Basic speed 1.5Mbps (sebelum 512kbps) data volume 4 Gb (sebelum 3 Gb) dan BB Advance speed 3.6Mbps (tidak berubah) tetapi ada kenaikkan pada  data volume 6 Gb(sebelum 5 Gb). 

Nampaknya Celcom BB ada plan baru iaitu dipanggil BB Pro dinama bayaran bulanan sebanyak rm138 dengan speed 7.2 Mbps dan data volume sebanyak 10Gb (Kalau aku pakai memang kena 20Gb baru cukup agaknya).

Kesimpulannya, tahniah kepada celcom kerana menaik taraf sistem broadbandnya dan menawarkan plan baru yang mempunyai limit sebanyak 10Gb. Agak sesuai kepada kaki-kaki download tegar seperti aku ni.

Jumaat, 22 Julai 2011

Poco-poco

Haha. Nampaknya akan ada yang menari tarian poco-poco ni pasni. Act, aku paling tak suka tarian ni. Bukanlah sebab haram macam fatwa baru-baru ni. Tapi disebabkan:-

  1. Aku memang tak suka
  2. Kenapa nak menari dan banggakan tarian Indonesia. Cukuplah kita kena tuduh ciplak budaya mereka. Kerajaan Malaysia ni tak pandai fikir ke?
  3. Kalau perempuan yang menari, lelaki tengok. Tak ke teruja?tak stim?
  4. Macam takde tarian yang lebih bagus lagi. Yang lagi canggeh.
  5. Aku malu tengok tarian ni. Harap dekat sekolah aku takdelah menari tarian ni.

Layan:-

Tak kuasa den nak melayan

Selasa, 19 Julai 2011

SEMINAR PERSONEL ICT SEKTOR AWAM

Semalam, 18hb aku balik dari Daro ke Kuching sebab nak join seminar ni. Yelah, aku ganti sorang cikgu yang tak dapat pergi coz dia ada Kursus lain. Maybe berkaitan dengan KSSR. Kalau ikut memang boleh balik jumaat lagi tapi banyak benda yang menyebabkan malas nak balik awal.


Sampai ke Kuching dalam jam 6.10 pastu terus pegi potong rambut. Rambut panjang, tak selesa pulak nak jalan-jalan nak gerak ke mana. Dalam jam 7pm sampailah kerumah. Mana Kemot?


inilah kemot

Owh, kemot dekat Sejijak. Nenek dia ambil bawa balik. Nyway, Kemot dapat adik baru. Kalau kemot nama sebenarnya Ikma, yang baby baru ni namanya Akma. Malam tu ride dengan bapa kemot bawa kemot balik ke rumah. Ada roadblock di jalan tak jauh dengan sekolah matang hilir. Ada aku kesah??

Sambung balik cerita. Pagi tadi dalam jam 7.30am aku pun gerak ke Simpang 3, Bangunan Sultan Iskandar untuk menghadiri seminar personel ICT bermula jam 0800 hingga jam 1600. Member aku dekat sana semestinya dua orang technician dari sekolah aku dan technician sekolah menengah, Amin dan Pali. Kami lah sama-sama ride dari Sibu tu kecuali aku naik bus awal je dari mereka. Mereka naik bus jam 2200, aku lak awal pagi jam 1100.

Berbalik kepada Seminar tu, seminar itu di anjurkan oleh MAMPU. Apa itu mampu?

The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) (Malay : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) is one of the prominent government agencies in Malaysia, that is responsible for 'modernizing and reforming' the public sector.
(pandai-pandailah translate sendiri)

Tak silap terdapat lima bahagian seminar itu. iaitu:
  1. Taklimat Roadmap Kerjaya PTM oleh En. Abdul Rahim bin Ishak
  2. Taklimat Pengurusan Projek ICT Sektor Awam oleh En. Subramani a/p Nagaiah
  3. Taklimat Inisiatif Pengurusan Pengetahuan Dalam Agensi Sektor Awam oleh Dr. Mohammad Zainuddi bin Mat Taib
  4. Taklimat Garis Panduan Pengurusan Pusat Data oleh Pn. Salmah binti Khairuddin
  5. Taklimat Pelaksanaan IPv6 Sektor Awam (Pengalaman PCN) oleh Pn. Siti Mariam binti Shahar & Pn. Nor Faizah binti Jemangin.
Kesimpulannya

Ada banyak benda aku kurang faham mengenai seminar ini. Yelah, benda mereka cakap terlampau mendalam dan aku rasa sebilangan technician (kalau faham sorry k) kurang faham dan ada yang siap tidur lagi. Tapi antara taklimat yang paling aku suka adalah mengenai Taklimat Pusat Data itu.

p/s: Malam ni dah nak balik ke Daro dah. Tiket bus Kuching - Daro pukul 10.00 malam. besok pagi sampailah ke Sibu. Pastu akan bawa motor ke Daro. Gerenti ngantok sangat-sangat. Bosan betul bila tak ada pembonceng dekat belakang.






Sabtu, 16 Julai 2011

masak-masak sendiri, makan-makan sendiri

kenapa tajuk macam ni? Layan dulu lagu ni.



Di tujukan khas buat diriku dan kekasih hatiku yang jauh nun di Lambir..Ratu Lambir katakan..hahahaha.. 

susah jugak nak cari video..

Act aku tengah masak nasi ni, yelah duit takde (duit kurang bukan takde) sebab haritu dah ganti skrin laptop yang hancur lebur dah rm500. Minggu depan ni aku ada seminar di Kuching. Duit tu semua beb. hadoi ai pon.

Act ingat nak wat pinjaman Bank Islam RM40k, nak beli superbike. Nampaknya kena simpan peram dulu cita-cita dan impian tu kerana bank bagitau kena tunggu 1 tahun baru boleh reloan (what da!!). Last2 malas aku nak beli superbike.
bilalah nak beli ni?

Sekarang aku rasa nak ambik lesen keta. Kalau korang nak tahu aku tak ada lesen kereta sebab aku tak suka naik kereta. Ada pengalaman buruk dengan kereta buat aku benci dengan keta. Tapi kerana keperluan, kena juga ada lesen. Nak pegi jumpa awek yang berjauhan dimata tapi dekat dihati..
yey nak beli viva putih !!!

Khamis, 14 Julai 2011

KISSM bukan Kiss me OKAY

Tak lama lagi aku akan menempuh alam KISSM. Apa itu KISSM?KISSM merupakan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Ada faham?Ada 2 modul iaitu modul umum dan umum khusus (kalau salah tolong betulkan). Tugasan dalam bentuk individu, kumpulan, bertulis dan objektif.

Pening jugaklah kepala aku tengok nota-nota yang dibekalkan dalam bentuk cd (445mb rasanya, sapa nak boleh email.). Macam tak membantu langsung, yelah, biasa kursus 2 minggu jadi 3 hari tu pun baca sendiri, memang susah dan mencabar. Apa boleh buat, kes cut cost.

Minggu depan ada seminar ICT di Simpang 3 Kuching. Dahlah tengah bulan, pening juga kepala aku nak bayar tambang ni. Duit dalam wallet ada dalam rm100, cukup tak ni. Dahlah minggu  selepas tu ada KISSM di Hotel Paramount. Fening kepala den..

Tapi pening2 kepala, mungkin selepas KISSM aku nak ke Miri, yelah nak sambut Bday buah hati. Tak pegi majuk kang kang. Yey, boleh bercuti di Miri sambil jumpa awek. Time gaji pulak tu. Yang tak bestnya Ninja 250r masih belom kelihatan. 

Selasa, 12 Julai 2011

Karaoke Time.. Yey

Dah lama nak post video karaoke ni. Berlaku jumaat lepas selepas GFku balik dari kerja. Enjoy !!

Sila-silalah dengar pitching yang lari ni..huhuhu



kalau band Dinamik dengar memang menangis coz pitching semua lari. Tapi aku bukan seorang penyanyi tetapi seorang pendidik bumi kenyalang. 

Jumaat, 8 Julai 2011

Green Lantern, Nokia N9 dan Angry bird

GREEN LANTERN

Green Lantern, dah lama nak tengok cerita ni. Semalam 7/7/11 kami pun pegilah menonton di MBO Kuching. Cite start pukul 8.15 dan kami sampai dalam 6.45. Biasalah Weekdays, kurang orang. Cubanya Sabtu Ahad, maunya tak sempat nak tengok. Huhuhu.

Trailer Green Lantern


Overall cite ni aku bagi 9/10. Cite bagus tapi masalahnya jalan cerita agak tipikal dan dah boleh diagak. Tapi jauh lebih bagus dpd cerita Transformers ngok ngek tulah..huhuhuhu.



NOKIA N9

Act dah lama tahu pasal Nokia N9 ni. Masa di perkenalkan di Singapore dah tahu sebab selalu follow blog Nokia N8. Selalu gak bagitahu dkt GF yang kalau dapat beli Nokia N9, Nokia N8 yang tengah guna ni bagi dkt dia. Rupanya dia tak tahu mengenai Nokia N9 ni. Hadoiyai pon.

Bagi yang tak tahu apa itu Nokia N9, jom tengok video ni.

Nokia N9, Swipe phone.. Amat mudah digunakan

Kalau betul HP ni kuar di Malaysia, harap-harap sempat sambar 1. Coz HP ni kira macam limited edition. Memang terbaiklah HP ni.



ANGRY BIRD

Mungkin ada yang dah muntah bila baca tajuk. Yelah, Angry bird ni kira semua lapisan masyarakat di Malaysia dah main. Tak kira di platform Nokia ke, Android ke, Iphone ke , Google Chrome ke. Baru-baru ni GF ada tunjuk trailer movie dia. Act dah lama tahu mungkin 2-3 bulan lepas. Mungkin nak pos masa tu tak tahu.

Angry Bird trailer

Mungkin time aku tengok diwayang aku tergelak2

Hasil kraftangan my GF. Gifted betol. 

Ahad, 3 Julai 2011

TRANSFORMERS my review

oleh: Ladi

Pada hari ini, 3 Julai 2011 Jam 1845, aku dan GF pegi menonton cerita nilah. Setelah lebih 2 jam menonton, inilah review yang daapat dikupas. Macam biasa, movie mmg menarik tapi disebalik kemenarikkannya itu, ada jugak keburukan. Apa yang buruk?
  1. Macam biasa, gambar mesti tersalah fokus (kadang2). Terutama sekali apabila ada scene robot dengan manusia dalam 1 babak.
  2. Kenapa awal2 Optimus Prime tak tembak terus "pillar" yang bercahaya merah tu. Kan senang cerita tak perlu manusia nak panjat bangunan yang diruntuhkan oleh robot macam cacing penggerudi tu? Kurang sikit manusia yang mati. Ni tak, nak juga manusia panjat tapi last2 dijatuhkan juga oleh Optimus (walaupun agak terlambat).
  3. Watak heroin agak memualkan. Suka yang lama lagi. Bibir "labek" + British accent yang agak menyampah didengar.
  4. Kalau Cybertron berada hampir dengan atmosfera bumi, tidak terjejaskah iklim bumi?sedangkan bulan penuh pun akan berlaku fenomena air pasang surut. Kalau Cybertron dekat dengan bumi, orbit bumi, iklim, daya magnet bumi, graviti bumi mesti terganggu. Sedangkan CO2 aka Karbon Dioksida pun dikatakan boleh menyebabkan pemanasan global. Memang tak logik.
  5. Masa scene akhir ketika Cybertron meletup, terjadi seakan2 fenomena "black hole" ataupun lubang hitam yang menyedut Cybertron tapi kenapa bumi tidak tersedut. Lupakah bahawa lubang hitam mampu menyedut semua zarah termasuk cahaya sekali adoi pun.
  6. Kenapa Autobots tak bagi senjata yang kuat kepada manusia untuk memerangi Decepticons?
  7. Apa hak autobots membantu USA untuk menyerang negara lain?
kepuasan menonton?
3 bintang disebabkan oleh cerita yang agak pelahan. Tapi dengan dibantu oleh teknik CGI yang agak hebat cerita ini tidak nampak terlalu tenggelam. 

Golongan sasaran
sangat sesuai untuk golongan yang tidak terlalu mementingkan details. Jenis yang layan saja mmg sangat2 sesuai.