Pernah tak pikir apa yang akan terjadi sebelum 21.12.2012? Sebelum kiamat yang digembar gemburkan (cam cerita 2012 yang tgh panas d wayang skrg ni).Percayakah korank bahawa manusia ramai yang mati sebelum kiamat 2012? Kenapa?
Manusia memang terkenal dengan sikap dan sifat pentingkan diri sendiri. Sejarah mengajar kita yang dalam keadaan terdesak, manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk hidup, ini termasuklah dengan membunuh manusia yan lain demi untuk mendapat keperluan hidup.
Perkara yang aku ramal akan terjadi sebelum 2012
- PANIK - Masuk tahun 2011, manusia semakin PANIK dan mulai membeli barangan secara berlebihan untuk dijadikan bekalan dan menyebabkan permintaan meningkat dan menyebabkan harga barangan turut meningkat.
- BENCANA SEMULAJADI seperti ribut, kemarau, tsunami, gempa bumi dll menyebabkan pengeluaran makanan keperluan semakin berkurangan (negara pengeluar makanan seperti vietnam dan thailand musnah akibat ribut siklon) manakala manusia yang menderita (akibat gempa bumi dan tsunami seperti Indonesia) semakin bertambah dan penyebabkan permintaan makanan makin bertambah tetapi makanan makin berkurang.
- KRISIS TENAGA akibat peperangan yang tercetus antara blok barat(USA, NATO) dengan Negara Islam pengeluar minyak (Iran, Libya) menyebabkan pengeluaran minyak berkurangan sehingga 40%. Harga petrol naik dan menyebabkan rusuhan (seperti yang terjadi pada 2008) kerana harga pengakutan, takrif elektrik, makanan dan keperluan asas lain semakin melambung tinggi.
- KEJATUHAN EKONOMI menyebabkan banyak2 syarikat besar lingkup dan menyebabkan pengangguran meningkat. Pengangguran menyebabkan peningkatan masalah sosial dan kes jenayah. Buatlah Pakej Ransangan Ekonomi ke-3, ke-4, ke-5 hingga ke-1000 pun tidak berguna.
- AJARAN SESAT semakin menjadi2 kerana ramai manusia yang takut dengan pengakhiran dunia. Mereka yang selama ini atheist atau mempunyai pegangan agama yang tidak kuat, mudah terjerumus untuk percaya kepada ajaran2 ini. Wujud ajaran seperi Ayah Pin. Rasul Melayu dll.
- KEPERCAYAAN TAHYUL seperti memakan kacang hijau untuk menolak bala semakin menjadi-jadi.. Tidak mustahil amalan korban (bukan lembu, manusialah) dilakukan untuk mengelakkan berlakunya bencana di dunia seperti yang di amalkan zaman Jahiliah, Zaman Mayan, Zaman Firaun dan Zaman Batu (takut gunung berapi meletus cam cerita dalam tv).
Perkara yang diramalkan berlaku pada awal 2012
- KEMUSNAHAN BANYAK NEGARA akibat peperangan untuk merebut sumber minyak. Negara Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin yang kaya dengan sumber Emas Hitam musnah sama sekali
- KEBULURAN menyebab kepupusan 50% populasi manusia akibat daripada kekurangan sumber makanan, harga makanan yang tinggi di pasaran dan bencana alam.
- WABAK seperti H1N1, H1N5 (dan segala jenis H) semakin meningkat akibat wujudnya varians baru yang tidak mampu dirawat dan antibodi manusia yang semakin lemah akibat kekurangan nutrisi makanan.
- JENAYAH semakin meningkat kerana banyak kerajaan tumbang akibat kegawatan ekonomi, masalah rusuhan, bencana alam dan ketiadaan badan penguasaan seperti Polis, Tentera, RELA, dan juga Rakancop. Ketika ini tidak mustahil berlakunya kejadian seperti rogol, rompak, bunuh, samun bersenjata dan kewujudan kumpulan seperti MAFIA, YAKUZA, Kumpulan Samseng Jalanan dll.
- INSTITUSI KEAGAMAAN menerima tempias kerana semakin ramai manusia yang beriman (coz tahu dunia nak kiamat) dan semakin ramai manusia yang murtad. Kewujudan ajaran sesat yang tidak dibendung kerana ketiadaan penguasaan menjurus kepada ramai yang sesat dan murtad.
- KEMANUSIAN menjadi agenda yang penting kerana tanpa kesatuan manusia akan pupus dari dunia ini seperti spesies2 lain yang sebelumnya. Tolong-menolong dan bantu-membantu akan semakin dititik berat dan dilaung2kan oleh kerajaan walaupun 90% manusia sudah tidak mengerti apa maknanya dan cuma percaya kepada diri sendiri.
Perkara yang aku ramalkan berlaku pada penghujung 2012, menghampiri 21hb Disember 2012
- BUNUH DIRI berlaku kepada majoriti manusia yang takut untuk menerima kenyataan apa yang berlaku selepas tarikh itu. Ini mungkin disumbangkan oleh ajaran sesat dan kultus yang percaya dengan pengorbanan mereka, roh mereka akan diangkat dilangit dan tidak menerima azab kemusnahan dunia.
- SEMBAHYANG yang dilakukan oleh pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Hindu dll bagi menguatkan iman dan kepercayaan supaya menerima Judgement Day dengan tenang. Tidak mustahil wujudnya pakatan Sembahyang besar-besaran tanpa mengira agama.
- KETIADAAN SUMBER TENAGA berlaku apabila empangan musnah akibat gempa bumi, minyak habis digunakan dan arang batu tidak lagi dilombong.
- RUSUHAN DAN DEMONSTRASI menuntut bekalan makanan, air, medical dan benda2 yang berkaitan. Tidak mustahil waktu ini juga berlakunya bunuh diri besar-besaran.
- JENAYAH MENINGKAT dan menjadi satu2nya jalan hidup.Dunia menjadi semakin tidak selamat. Manusia sanggup berbunuhan untuk mendapatkan sebungkus Maggi mahupun setitik air bersih.
Walau apa pun yang berlaku ketika 21 Dis 2012, kehidupan manusia tidak akan sama selepas itu. Tidak kiralah terjadinya kemusnahan atau tidak ada berlaku apa2 pun, tp kemusnahan yang berlaku sebelum tarikh itu lebih berbahaya. Kemusnahan akibat sikap manusia sendiri. Kemusnahan yang lebih berbahaya dari bom Nuklear, lebih bahaya dpd mana2 senjata, Kemusnahan yang bernama PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Renungkanlah
PeAcE No WaRs
woww..panjang nya..mcm dokumentari...tp best...huhuhu..penuh ngan keinsafan...akibat taksub sik mustahil ianya akan berlaku.
BalasPadammasalah utamanya panik pok..dengan sikap penting diri sendiri
BalasPadammenar kata dirik~~~ngantok eh
BalasPadam