Selasa, 1 Disember 2009

BETOLKAH MALAYSIA DAH BANKRAP?


Oleh : Ladi bin Pini


Ketika aku sedang2 duduk mendengar siaran berita di TV, kedengaran pihak kerajaan menimbang untuk melaksanakan penjualan minyak mengikut harga pasaran. Apakah maksud semua ini? Tiba2 aku dengar suara sinis daripada Ayahku menyatakan bahawa ni semua bukti Malaysia dah bankrap. Kenapa ini semua boleh terjadi?


Keperluan asas seperti beras, minyak, minyak masak, tepung dan juga gula (mayb lain tp aku tak ingat) merupakan contoh2 subsidi kerajaan. Kerajaan dikatakan menanggung subsidi berbillion ringgit (ingan di ulangi BERBILLION RINGGIT) dan sekarang kerajaan berkira2 untuk menghapuskan semua itu (tak pun mengurangkan hingga keparas beza dengan ada subsidi atau tidak macam tidak bermakna).




Ok, kita mula dengan beras. Kerajaan diperkatakan memperuntukkan RM400  Juta untuk memberikan subsidi kepada Rakyat (atau warga asing dan Orang Kaya yang berkemampuan). Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) telah dilaksanakan dengan kaedah memberi baucar dpd kaedah membayar pengilang yang digunapakai dahulu (aku dah isi dan hantar ke FAMA pun). Baik dan buruknya? Baiknya, subsidi beras akan terus di salurkan kepada warga Malaysia yang layak dan keburukannya tidak semua rakyat akan terpilih. Harga beras paling murah sekarang pun RM24 (itu yang ayah aku bayar coz sekarang mana ada baucar lagi, baucar belum lulus/keluar tetapi kerajaan dah bertindak menarik beras ST15 dpd pasaran). Tetapi berdasarkan pengamatan aku, beras di sarawak sahaja yang mengalami harga demikian kerana beras disemenanjung banyak yang murah (beras Thai dan Vietnam). So, 1Malaysia, rakyat Semenanjung didahulukan, Rakyat Sarawak ketinggalan. Salah satu lagi keburukkannya, pada pendapat korank adakah orang kaya makan nasi? Kalau tanya aku belum tentu mereka makan nasi sebanyak orang miskin. Sebabnya? sebab orang kurang berkemampuan ni perlu banyak tenaga dan hanya nasi sumber utama. Orang kaya ni kerja paling berat mereka berjogging, main golf. Makan pulak makanan berkhasiat seperti sarang burung, OAT (bagus untuk jantung) dan berkualiti (cam berasa 5kg yang harga puluh2 tuh, xmain ler beras nasional).


MInyak, subsidi kerajaan paling berharga kepada rakyat. Salah satu teras Belanjawan 2010 (bajet rakyat yang tak macam pun) adalah penstrukturan semula skim subsidi minyak pada Mei 2010 atau dalam ayat Kasarnya nak naikkan harga minyaklah. Setahun kerajaan dikatakan memberikan subsidi sebanyak RM40 (atau 35) bilion setahun dan kaedah sekarang dikatakan menjimatkan sebanyak RM200 (percaya ke?). FYI, Sarawak merupakan salah sebuah negeri yang menyumbang duit ke kerajaan pusat dan bentuk hasil minyak, LNG, perhutanan dan lain2. Sarawak sahaja menyumbang lebih daripada RM100B (correct me if i'm wrong coz dah xjumpa link). So, masalah utamanya?kenapa nak pertimbangkan untuk menaikkan harga minyak sedangkan tahun 2008 telah mengajar kita yang dengan menaikkan harga minyak, semua akan naik. Kos pengangkutan, makanan, penghantaran dan boleh dikatakan segala berkaitan dengan hidup kita akan naik. Produk (atau hasil berantai) yang terhasil daripada kenaikkan harga minyak ialah seperti yang anda tahu kenaikan harga makanan (dah beras mahal, ikan, ayam, daging dan minyak kereta pengangkutan naik). Keperluan cepat naik, gaji cam tu juga. so?masalah jenayah tidak mustahil bertambah atas desakan hidup.Nak makan Roti Canai pun tak mustahil RM2 (kepala hotak kau). 




sumber : Harga minyak Malaysia



Sejarah Minyak 2008-2009
  1. RM1.92 - Pada masa ini, Kebanyakkan Mahasiswa kurang mengerti kepentingan minyak ttp sesetengah badan seperti Parti Alternatif di U telah meminta tandatangan untuk mengprotes harga minyak RM1.92 yang sebelum RM1.62
  2. RM2.70 - Dikuatkuasakan pada Jun 2008. Malam sebelum minyak naik, seluruh stesen minyak diMalaysia penuh. Ada bawa tong, ada bawa gelen, ada bawa botol coke (janji boleh isi). Tindakan menaikkan harga minyak yang mengejut dan menyebabkan kementerian baru KPDNHEP (sekarang KPDNKK) yang diketuai Dato Shahrir bin Abdul Samad menerima sumpahan x100 juta. Akulah salah seorang kerana menerima tempias kenaikkan harga dari segi makanan (coz aku masak sendiri time tu). Banyak Spesifikasi seperti kenderaan bawah 2000cc, motorsikal bawah 150cc untuk mendapat REBET tunai. Huraian disini.
  3. RM1.80 - kalau tak silap, selepas kenaikkan melampau minyak RM2.70, minyak turun kepada RM1.90 dan selepas itu RM1.80 (wpn sepatutnya minyak berada dibawah harga RM1.50). Rakyat menerima baik penurunan harga itu ttp tidak semua gembira disebabkan kenaikan minyak sebelum ini menyebabkan kenaikan dalam semua yang berkaitan secara terus atau tidak dengan minyak. Harga barangan masih sama seperti sebelum diturunkan. Harga pengangkutan. Harga makanan. Beras. Tepung malah MAGGI yang sebelum Jun 2008 RM2.90/sepeket naik sehingga RM4.50. Mengapa?Kalau kerajaan tidak bertindak menaikkan harga minyak, barangan tidak akan naik. Apa salahnya kerajaan menanggung subsidi RM1.92 dari Jun 2008 sehingga Disember 2008 kerana percaya harga minyak akan turun. 
  4. RON 95 - RM1.80; RON 97 - RM2.05 - Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95. Kualiti RON 95 selaras dengan spesifikasi EURO2M. RON 95 mula dijual pada harga RM 1.75 sebelum dinaikkan kepada RM 1.80. Pada hari yang sama, harga RON 97 naik kepada RM 2.05. 
Apa itu RON?

RON bermaksud Research Octane NumberRON ditentukan dengan menjalankan ujikaji bahan bakar dalam enjin uji (test engine) dengan nisbah mampatan pembolehubah dengan keadaan yang terkawal, dan membandingkan hasilnya dengan campuran iso-oktana dan n-heptan. Nilai oktana lebih tinggi menghasilkan tenaga pengaktifan yang lebih tinggi. Pengaktifan tenaga ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk memulakan reaksi kimia. Ini kerana bahan bakar oktana yang lebih tinggi mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih tinggi, dan kurang bermasalah untuk menghidupkan enjin. 

So, apa masalahnya? Kebanyakkan stesen minyak menjual minyak RON95 (kalau PETRONAS jangan ceritalah, tak ada pun RON 97) dan sikit jer yang menjual RON97 (SHELL). Aku dan mungkin kebanyakkan orang yang lain, mungkin akan guna RON97 disebabkan jika menggunakan RON95, motor tak ada kuasa PICKUP. Tersemput2 cam kerang basi. Walaupun berharga lebih 25 sen untuk setiap liter tetapi lebih berbaloi. Kenapa kerajaan nak tukar minyak?of coz minyak RON95 lebih murah dan dikatakan boleh menjimat subsidi minyak sebanyak RM200 Juta.


CONCLUSION buat masa sekarang ialah, PM kita Dato Seri Mohd Najib telah membelanjakan sejumlah duit yang banyak sehingga kerajaan kekurangan dana. Ini boleh dipertontonkan melalui tindak-tanduk kerajaan sekarang yang ingin menghapuskan subsidi dan membebankan rakyat dari segenap aspek. Setiap kali tengok berita, tak lain tak bukan. Mesti nak kaji subsidi bahkan banyak duit dilaburkan di tempat lain yang tak berfaedah. Keuntungan daripada KWSP sebanyak RM5.2B digunakan untuk membiayai projek kerajaan kerana diketahui kerajaan sudah tidak berduit. Terdapat juga blog2 antarabangsa yang menyatakan Malaysia behutang dengan IMF (alah, IMF aka International Monetary Fund). Rasanya Rakyat Malaysia semakin kurang berkeyakinan dengan kerajaan BN, tp tak bermaksud kerajaan PKR atau DAP bagus. Bak kata Nabil, LU PIKIRLAH SENDIRI..

    1 ulasan:

    1. emm...time semua brg nait (time kat kampus)..maggi pn kmk sik mampu bli..bli sosej jak lh nk made in tesco ya jak murah,,ari2 mkn..dlm keadaan terpaksa...e2 pn kadang2 sik mkn pn..sbb duit sik ckup mok bli makanan..time bulan posa lagik lh...mkn laksa penang jak utk sungkey..nk bli lain mahal..sahor lgsung sik penah..T__T

      BalasPadam