Sabtu, 28 November 2009

Chin Peng ingin pulang ke Malaysia?apa kes?


Link utusan:

"dia bukan rakyat Malaysia"

Apa anda perlu tahu mengenai Chin Peng;

Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.[1]

Chin Peng bukan berasal dari China , tetapi beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930 (untuk sumber lanjut, sila layari Wikipedia).


Apa itu Parti Komunis Malaya?


Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka (untuk sumber lanjut, sila layari Wikipedia).


Apa kaitan Chin Peng dengan PKM?


Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya diThailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.


My Comment;

Chin Peng tak payah mimpilah nak balik Malaysia, dia tak layak pn jadi warga Malaysia. Benda ni pun berkaitan politik. Memuji Chin Penglah hapelah..cuba kalau keluarga ko ditembak komunis?marah tak?moha tak?tak rasa isu Chin Peng ni patut wujud sekarang coz dah muktamat dia tak layak masuk Malaysia, dia tak layak minta kemaafan Malaysia, dia kalau boleh, satu individu yang bahaya dan hanya pentingkan kekuasaan. Jika Chin Peng menjadi Presiden Malaysia mcm Mao Zedong, mau tak ramai rakyat terkorban. Sekarang pun China masih berada dalam tembok dan bersembunyi walaupun sekarang China lebih terbuka kepada kemajuan.


Kenapa aku rasa komunis ni merosakkan negara daripada membangunkan?

  • agama Islam tak boleh diamalkan (rasanya agama lain pn sama).
  • kebanyakkan sumber negara digunakan untuk memBRAINWASH dan kegunaan tentera dari membangunkan negara.
  • susah nak kaya (harta kongsi bersama aka harta milik presiden)
  • ramai nak melompat pagar keluar dpd negara sendiri. contohnya Korea Utara, German (tembok berlin), Cuba dan mana2 negara amal Komunisme.
Kesimpulan, aku rasa better Malaysia sekarang, mengamalkan raja berpelembagaan walaupun banyak kelemahan, tp lebih baik dpd mengamalkan prinsip komunisme ajaran Karl Mark, Mao Zedong dan Chin Peng (rasa2nya suharto atau sukarno pn sama juga).

4 ulasan: