Jumaat, 27 November 2009

ISU BIRO TATANEGARA





Apa itu BTN?


Biro Tatanegara (BTN) ditubuhkan pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.
Era Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Biro_Tatanegara)

KONTROVERSI YANG TERCETUS DARIPADA BTN


1. Semangat Kenegaraan

Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.
Pada 22 Mei 2009, surat khabar The Star menyiarkan laporan bahawa BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman hinggakan ia menyebabkan perpecahan antara kaum. BTN ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan

2. Pengharaman BTN oleh kerajaan negeri Selangor

Pada 24 Disember 2009, kerajaan negeri Selangor dengan rasminya yang diwakili oleh exco pendidikan tinggi, Dr Halimah Ali melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN) berikutan susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.Ini merangkumi empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

KOMEN :
Pada pendapat aku, ini semuanya berunsurkan politik. Jika kerajaan Selangor menyatakan BTN boleh membangkitkan sentimen perkauman, dengan memendalikan Program yang berlainan, bukankah itu lebih kepada perkauman?pelik tapi benar. Dunia politik memang memeningkan dan kita sebagai rakyat seumpama permainan kepada ahli/parti politik. Penat dengan semua ini, penat nak tengok berita tapi hal ini (politik) yang asyik keluar. Mana kepuasan membaca dan menonton berita?Apa dipertontonkan cuma POLITIK, POLITIK dan juga POLITIK. Ini semuanya berlaku selepas pilihan raya mac 2010. Ingat lagi ketika sambutan 100 hari Selangor di perintah pembangkang di Bangi. Well, aku bukan tak suka kepada parti pembangkang atau kerajaan (act, aku neutral), tp kalau boleh, janganlah perkotak katikan kehidupan rakyat.



5 ulasan: