Ketika aku sedang2 duduk mendengar siaran berita di TV, kedengaran pihak kerajaan menimbang untuk melaksanakan penjualan minyak mengikut harga pasaran. Apakah maksud semua ini? Tiba2 aku dengar suara sinis daripada Ayahku menyatakan bahawa ni semua bukti Malaysia dah bankrap. Kenapa ini semua boleh terjadi?
Ok, kita mula dengan beras. Kerajaan diperkatakan memperuntukkan RM400 Juta untuk memberikan subsidi kepada Rakyat (atau warga asing dan Orang Kaya yang berkemampuan). Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) telah dilaksanakan dengan kaedah memberi baucar dpd kaedah membayar pengilang yang digunapakai dahulu (aku dah isi dan hantar ke FAMA pun). Baik dan buruknya? Baiknya, subsidi beras akan terus di salurkan kepada warga Malaysia yang layak dan keburukannya tidak semua rakyat akan terpilih. Harga beras paling murah sekarang pun RM24 (itu yang ayah aku bayar coz sekarang mana ada baucar lagi, baucar belum lulus/keluar tetapi kerajaan dah bertindak menarik beras ST15 dpd pasaran). Tetapi berdasarkan pengamatan aku, beras di sarawak sahaja yang mengalami harga demikian kerana beras disemenanjung banyak yang murah (beras Thai dan Vietnam). So, 1Malaysia, rakyat Semenanjung didahulukan, Rakyat Sarawak ketinggalan. Salah satu lagi keburukkannya, pada pendapat korank adakah orang kaya makan nasi? Kalau tanya aku belum tentu mereka makan nasi sebanyak orang miskin. Sebabnya? sebab orang kurang berkemampuan ni perlu banyak tenaga dan hanya nasi sumber utama. Orang kaya ni kerja paling berat mereka berjogging, main golf. Makan pulak makanan berkhasiat seperti sarang burung, OAT (bagus untuk jantung) dan berkualiti (cam berasa 5kg yang harga puluh2 tuh, xmain ler beras nasional).
MInyak, subsidi kerajaan paling berharga kepada rakyat. Salah satu teras Belanjawan 2010 (bajet rakyat yang tak macam pun) adalah penstrukturan semula skim subsidi minyak pada Mei 2010 atau dalam ayat Kasarnya nak naikkan harga minyaklah. Setahun kerajaan dikatakan memberikan subsidi sebanyak RM40 (atau 35) bilion setahun dan kaedah sekarang dikatakan menjimatkan sebanyak RM200 (percaya ke?). FYI, Sarawak merupakan salah sebuah negeri yang menyumbang duit ke kerajaan pusat dan bentuk hasil minyak, LNG, perhutanan dan lain2. Sarawak sahaja menyumbang lebih daripada RM100B (correct me if i'm wrong coz dah xjumpa link). So, masalah utamanya?kenapa nak pertimbangkan untuk menaikkan harga minyak sedangkan tahun 2008 telah mengajar kita yang dengan menaikkan harga minyak, semua akan naik. Kos pengangkutan, makanan, penghantaran dan boleh dikatakan segala berkaitan dengan hidup kita akan naik. Produk (atau hasil berantai) yang terhasil daripada kenaikkan harga minyak ialah seperti yang anda tahu kenaikan harga makanan (dah beras mahal, ikan, ayam, daging dan minyak kereta pengangkutan naik). Keperluan cepat naik, gaji cam tu juga. so?masalah jenayah tidak mustahil bertambah atas desakan hidup.Nak makan Roti Canai pun tak mustahil RM2 (kepala hotak kau).
Sejarah Minyak 2008-2009
- RM1.92 - Pada masa ini, Kebanyakkan Mahasiswa kurang mengerti kepentingan minyak ttp sesetengah badan seperti Parti Alternatif di U telah meminta tandatangan untuk mengprotes harga minyak RM1.92 yang sebelum RM1.62
- RM2.70 - Dikuatkuasakan pada Jun 2008. Malam sebelum minyak naik, seluruh stesen minyak diMalaysia penuh. Ada bawa tong, ada bawa gelen, ada bawa botol coke (janji boleh isi). Tindakan menaikkan harga minyak yang mengejut dan menyebabkan kementerian baru KPDNHEP (sekarang KPDNKK) yang diketuai Dato Shahrir bin Abdul Samad menerima sumpahan x100 juta. Akulah salah seorang kerana menerima tempias kenaikkan harga dari segi makanan (coz aku masak sendiri time tu). Banyak Spesifikasi seperti kenderaan bawah 2000cc, motorsikal bawah 150cc untuk mendapat REBET tunai. Huraian disini.
- RM1.80 - kalau tak silap, selepas kenaikkan melampau minyak RM2.70, minyak turun kepada RM1.90 dan selepas itu RM1.80 (wpn sepatutnya minyak berada dibawah harga RM1.50). Rakyat menerima baik penurunan harga itu ttp tidak semua gembira disebabkan kenaikan minyak sebelum ini menyebabkan kenaikan dalam semua yang berkaitan secara terus atau tidak dengan minyak. Harga barangan masih sama seperti sebelum diturunkan. Harga pengangkutan. Harga makanan. Beras. Tepung malah MAGGI yang sebelum Jun 2008 RM2.90/sepeket naik sehingga RM4.50. Mengapa?Kalau kerajaan tidak bertindak menaikkan harga minyak, barangan tidak akan naik. Apa salahnya kerajaan menanggung subsidi RM1.92 dari Jun 2008 sehingga Disember 2008 kerana percaya harga minyak akan turun.
- RON 95 - RM1.80; RON 97 - RM2.05 - Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95. Kualiti RON 95 selaras dengan spesifikasi EURO2M. RON 95 mula dijual pada harga RM 1.75 sebelum dinaikkan kepada RM 1.80. Pada hari yang sama, harga RON 97 naik kepada RM 2.05.