Ahad, 30 Januari 2011

Motorsikal VS Lundu

Oleh: Ladi bin Pini


TEMA 1: MEMBAIKI MOTORSIKAL

Seperti yang anda sedia maklum, motorsikal mengalami masalah lampu signal yang rosak. So, awal2 pagi lagi aku telah berangkat ke kedai motorsikal untuk membaikinya. Mekanik mengambil masa 2+ jam untuk membuka coversetnya sahaja. Apalah nasib pakai Wave 110R ni.

Motor yang separuh bogel


Sehabis sahaja dibogelkan, rupanya socket lampu terlepas daaa...Buat habis masa berjam2 untuk membuka coverset tapi juz plug in je socket. Signal telah kembali kepada asal.



TEMA 2 : EKSPEDISI KE LUNDU
Tajuk 1   : Pantai Pandan

Motorsikal dah siap dibaiki, minyak hitam pun sudah ditukar dab side mirror tukar jadi biasa. Apalagi, mulakan aktiviti ke Lundu. Sebelum tu nak jemput my aweks di Kampunya. Selepas itu, kami pun menuju ke KFC Bt 7 untuk menikmati Ayam Goreng KFC yang selama ini diimpikan ketika berada di Daro. Selepas selesai menikmati KFC, kami pun menuju ke stesen minyak terdekat sambil membawa bekal sebotol air 100 Plus dan juga 2 bungkus keropok yang akan dinikmati di Lundu.


Pantai Pandan yang bergelora aka gelumbang


Setelah pelbagai rintangan kami hadapi seperti ditahan polis (sama gita rupanya) ketika roadblock, sejam setengah kemudian tepat jam 2 kami telah sampai ke Lundu dan menuju ke Pantai Pandan (Berbeza dengan perancangan awal ke hari 1Belia). Tinggi ombak bukan sebarangan. Menakutkan tapi kami tetap makan dengan selumber. 


Penulis yang slumber makan Twisties memandang ombak besar



Tajuk 2   : Rumah Cikgu Adi

Seingat penulis, rumah Cikgu Adi (Housemate) ada di Lundu. So apa lagi. Call dan menyatakan hasrat ingin menziarahi rumah beliau. Setibanya di sana, kami telah dilayan dengan mesra dan diajak untuk stay sehingga malam. Tapi kami menolak dengan menyatakan ingin balik cepat ke rumah kerana menggunakan motorsikal. Akhirnya, kami telah mendapat buah tangan berupa buah Naga.


Tajuk 3   : Buah tangan dari Lundu

Kami sempat membeli buah tangan dari Lundu untuk dibawa bersama. Keropok ikan dan juga kuah cap versi digolong telah dibeli dengan harga RM10.60. Seterusnya, kami telah meneruskan perjalanan dengan menggunakan jalan Sempadi menggunakan feri untuk menggunakan jalan Matang Jaya dan seterusnya ke Gita.


Tajuk 4   : Kampung selepas Kem PLKN Sempadi

Oh!Tayunk (my love) menyatakan dia ingin menziarahi keluarga sebelah ibunya on da way untuk balik ke Kuching. Setelah sampai ke lokasi kejadian, kami telah disambut dengan senyuman mesra sambil diperhatikan oleh orang2 kampung. Ketika bertanyakan lokasi stesen minyak terdekat, saya telah diberitahu bahawa rumah hadapan mereka menjual minyak (langkah kanan betul) disebabkan minyak motorsikal dah sampai tahap kritikal. Ketika di Lundu, kami telah dihadiahkan dengan Buah Naga. Di kampung ini, kami telah dihadiahkan dengan benih buah Naga. Memang sangat langkah kanan. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kpg Gita dan Kuap.


Tajuk 5    : Refleksi

Penulis telah berjaya menambah ilmu pengetahuan mengenai jalan-jalan di Kuching dan kawasan sekitarnya. Perjalanan dari Batu 7 ke Lundu mengambil masa satu jam setengah dengan purata kelajuan 80kmph dengan jarak 90KM. Jalan Lundu boleh disambungkan melalui jalan Matang Jaya dengan jarak 80+KM dengan melalui Feri yang tidak mengenakan bayaran kepada motorsikal. Berikut merupakan kos yang ditanggung penulis dan Oh!Tayunknya:

Minyak    : RM13.20
100 Plus  : RM 3.50
Keropok   : RM 4.00
Penat     : Priceless...

CNY..Journey from Daro to Kuching :)

Ditulis oleh: Ladi bin Pini untuk merakam kejadian pada 28 Januari 2011

Sempena CNY tahun ni, sekolah kami telah dapat cuti selama seminggu. Ada sesetengah sekolah seperti sekolah kakak di Tatau, Bintulu bersekolah sehingga hari Rabu. Dengan semangat "perjalanan jauh takku rasa, karna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain dimata" walaupun baru je balik 2 minggu yang lalu. Saya telah memulakan perjalanan dengan ditemani CIkgu2 yang lain.

Telah tertampal notis, tidak membenarkan guru-guru sekalian untuk balik awal, maknanya kami boleh bertolak pada pukul 12. Bot express pulak akan departure (ala-ala naik kapal terbanglah pulak) pukul 1. Yang bestnya, time-time camnilah orang ramai naik express. Nak tak nak, kena cepat pegi sebab takut express penuh, percuma je kena berdiri. Alahai, bagilah cikgu yang dah habis mengajar balik awal.

Alamak, time2 macamni jugak wallet xde duit. So, cepat2 dengan Cikgu kami berangkat dan menuju ke ATM. Di Daro ada 2 mesin ATM sahaja yang dioperasikan oleh AGRO BANK aka zaman2 dahulu Bank Pertanian. Ramai pulak orang, mesin plak satu dah out, tinggal 1 lagi. Alamak, mesin ATM jem dan telan kad orang. Apalagi, angkat kaki jelah. Macam lagu "Aku sudah tidak percaya padamu lagi, baik segera engkau angkat kaki". Dengan wallet hanya tinggal RM2, diberanikan diri menelefon Cikgu A (bukan nama sebenar) untuk meminjam duit bayar tiket bot express. Jadi dengan itu, masalah pun selesai.


Bot express yang digunakan untuk ke Sarikei


Sesampai sahaja ke Pengkalan Whaft Daro, mak ai. Ramainya orang. takutnya penuh. Apalagi cepat2 masuk ke express. Berjumpa pulak dengan Cikgu AZ, Sama2 guru yang baru mendaftar. Destinasi Cikgu AZ adalah Pusa manakala kami pulak Kuching. Kalau dalam bahasa Sarawak, Pusa = Kuching. Tapi lain pulak. Apa2lah labu.


Pemandangan disekitar Pengkalan Whaft Daro


Rupa2nya Cikgu A telah mereservedkan kerusi kepada kami berdua (saya dan cikgu Adi). Sebenarnya, Saya, Cikgu Adi dan Cikgu A akan balik bersama2. Mengikut kata Cikgu Adi, Cikgu A menggunakan kereta  kancil. Macam manalah perasaan naik kancil jalan jauh ek?

Tepat jam 1 petang, bot express bergerak. Bukan main penuh lagi. yang paling bestnya, slumber badak je pilot express ni berhenti-henti ambik orang dari jetty berlainan. Mana tak makin penuh. Helo cik abang, ni express air, bukan bas express. maunya tenggelam, sapa nak tanggung?Saya tak pandai berenang.


Gambar menunjukkan kepadatan manusia di dalam express


Hampir 2 jam kemudian, kami telah sampai ke Pekan Sarikei. Rupa2nya di Sarikei, sudah ada yang menunggu kami untuk menyerahkan kunci kereta. Rupa2nya kami akan menggunakan kereta Gen 2, bukan kancil seperti yang dimaklumkan sebelumnya. Kami mengambil masa 2+ jam untuk ke Sri Aman dan berehat makan, dan 2+jam lagi untuk sampai ke Kuching. Sampai ke Kuching dalam pukul 8 Malam. Motorsikal WAVE 110R telah siap2 menunggu di Boulevard Kuching. Offcourse ayah bawakan. So, aku telah dijemput dengan motorsikal. Ayahku memberitahuku yang motorsikalku mengalami masalah signal dimana sebelah kiri tidak berfungsi. Tak apa, besok aku akan ke kedai untuk membaikinya.

Sebelum sampai dirumah, singgah sebentar ke Kubah Ria baru untuk membeli Ayam Panggang aka Manok Panggang. Beli 2 ekor dan dibawa pulang. Sejak Kubah Ria lama diroboh dan berpindah ke lokasi yang baru, ayam panggang ni tidak sesedap dulu. Sekarang ada rasa seperti ayamnya direbus dahulu sebelum dipanggang.


Ahad, 23 Januari 2011

Daro...place like no others..

nilah pic2 sekitar Daro yang sempat dirakam...

gambar diambil di atas pasar tamu Daro


gambar diambil dari hadapan gate sekolah..kuar kaki dari sekolah dah sampai pekan..


Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Campuran Daro


Prasekolah


keadaan sekitar sekolah..


akhir sekali, inilah rumah kami..hanya yang sebelah kiri..kanan cikgu lain

daro owh daro..kaulah pujaan hatiku...

Jumaat, 21 Januari 2011

2011.. dunia baru sebagai seorang pendidik

Assalamualaikum,

Agaknya sudah lama aku tidak mengupdate blogku ini. Biasalah, sebelum ni sibuk dengan tugasan semasa masih training di IPG. Tamat sudah masa setahun. Tamat sudah semua seksaan di IPG, akhirnya pada 9/1/11 aku telah menjejakkan kaki ke tempat tak pernah aku impikan untuk sampai. 

Tempatnya adalah satu daerah asing seperti yang terletak ditengah Sarawak,  di beri nama Daro. Aku kesini bukanlah untuk melancong, tetapi memikul 1 tanggungjawab sebagai seorang Pendidik Bumi Kenyalang.Di tempatkan di SK Campuran Daro, perjalanan yang mengambil masa 6 jam dengan menggunakan bas dari Kuching ke Sarikei. Seterusnya, memakan masa satu jam setengah  menggunakan bot express dari Sarikei ke Pekan Daro.

Okay, bercerita mengenai sekolahku, ianya terletak berhadapan dengan Pekan Daro. Pekan yang agak ajaib seperti Oasis dipadang pasir. Kemudahan serba mencukupi malahan ada yang terkejut apabila aku memberitahu banyak shoplot seperti kawasan Matang Jaya di Kuching dengan sentuhan Benteng Satok pada malam harinya.

Sk Campuran mempunyai murid sekitar 500-600 orang. Mempunyai 2 aliran, iaitu aliran Cina (BC) dan juga aliran Melayu (BM) dan sebab itulah ianya digelar sekolah campuran. Mempunyai tenaga pengajar sekitar 40+ orang, kerani, juruteknik, guard dan sebagainya. Sebuah kelas aliran BM menampung di antara 24-26 orang murid manakala 1 kelas aliran BC mempunyai jumlah sedikit sebanyak kira-kira 8 orang. Disini, aku ditugaskan menjadi guru PJK tahun 1 dan 6, Dunia Sains dan Teknologi tahun 1, Sains tahun 4 dan 6, Muzik tahun 4, Kemahiran Hidup tahun 6 dan juga Pendidikan Seni Visual tahun 6.

Overall, kehidupan disini agak OK. Ditemani housemate yang sedia membantu dikala susah dan senang, GB yang prihatin, rakan-rakan seguru yang sentiasa mengajak dan diajak berborak, rakan-rakan staff yang tak lokek dengan ilmu, murid-murid yang agak nakal, tp masih boleh dibentuk menjadi insan berguna dan juga kehidupan aman damai, yang sukar dicari ganti.

Gambar Pekan Daro, Sk Campuran, bot express akan menyusul kemudian....

P/S: Benda paling aku rindu dengan kehidupan aku sebelum ini adalah pusing-pusing satu Kuching dengan motorsikal kesayanganku dan tentunya dengan orang tersayang. Rindu dengan keluarga terutama Ibu dan Bapa yang tak pernahku rasa sebelum ini. Dulu masa belajar d Labuan dan Bangi, tak pernah rasa "homesick". Sekarang bukan main lagi. ades.