Selasa, 16 Julai 2013

My Life:Bonus Aidilfitri belum dibincang

Aku sebenarnya dah agak benda ini akan berlaku. Well, pilihanraya pun dah berakhir. Kenapa mereka nak dengar kata kita kan? Sebab itu aku harap tunggakkan masuk pada Julai ni. Boleh jugak digunakan semasa hari raya nanti. Apa yang penting, tengok pic dibawah ni.

Dapat ke tak, senyum je


Sumber: Berita Harian

Putrajaya: Kerajaan belum membincangkan mengenai bonus kakitangan awam sempena Aidilfitri bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus.

Berlandas pencapaian
“Itu kita belum bincang. Ini terpulang kepada kerajaan kerana selalunya bonus diberi pada hujung tahun. Kita berlandaskan kepada pencapaian kita.
“Ini baru setengah tahun. Jadi, terpulang kepada kerajaan,” katanya selepas melancarkan Dasar Negara Bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan, di sini semalam.
Permintaan CUEPACS
Ali diminta mengulas permintaan CUEPACS supaya kerajaan memberi sekurang-kurangnya setengah bulan gaji sebelum Aidilfitri sebagai bonus kakitangan awam. CUEPACS sebelum ini turut meminta kerajaan mempertimbangkan bonus dua setengah bulan gaji tahun ini.
Berkuat kuasa 1 Julai lalu, semua kakitangan awam menerima satu KGT membabitkan kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.
Ali berkata, kerajaan perlu melihat sama ada isu bonus terlalu awal untuk dibincangkan kerana kerajaan sudah memperuntukkan RM2 bilion untuk KGT pada tahun ini.
“Selain itu, bulan ini kita menyemak semula enam skim (perkhidmatan awam) dan 81 lagi pada November. Ini membabitkan perbelanjaan dan semuanya adalah demi kepentingan kakitangan awam,” katanya.

p/s: Pada pendapat akulah, pemberian bonus @ kenaikan 1 KGT ada masing2 ada pro & cons. Sebagai contoh, KGT ni bukan besar mana tetapi berterusan. Bonus pulak 1/2 gaji mmg banyak iaitu sama nilai dengan KGT selama 7 bulan. Anyway, selamat berhari raya. Maaf zahir dan batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan