Rabu, 10 Februari 2010

PERNAHKAH KORANK...

1. Merasa di tinggalkan dan di benci dan berasa ingin memusnahkan dunia?


Perasaan yang  sudah menjadi lumrah sebagai seorang manusia. Rasa keseorangan didunia lagi2 berada jauh dari keluarga dan orang tercinta dan tersayang.

2. Merasakan tiada 1 pun orang didunia memahami anda?



Rasa putus asa dengan hidup, 1 perasaan yang sudah lama anda lupakan dan hanya dirasai semasa alam persekolahan, alam yang paling anda benci..

3. Merasa tidak selamat..tidak selamat dan terjamin?

hidup anda hanya dibayangi perasaan takut untuk melakukan kesilapan..Sehingga akan menyebabkan anda terluka..

4. Merasakan pendapat yang anda curahkan boleh berjaya, tapi tidak digunakan pakai oleh seseorang dan anda dianggap sebagai pengganggu?
apa yang anda pikir, semuanya terpancar dimuka anda..


5. Merasa anda boleh melakukan sesuatu lebih baik?

Tapi anda dianggap sebagai outlaws jika mengambil tindakan untuk melawan..

Isnin, 8 Februari 2010

self motivated



PRICELESS SCROLLS ARE IN OUR HAND
SWEATS OF HARDSHIP SUCH A LOT TO REMIND
THE NATION NEEDS US, TOO MUCH TO BE DONE
LET'S GET DOWN, COZ ITS PAYBACK TIME!

LIKE GEMSTONE BEAUTIFUL AND PRICELESS
EACH ONE IS SPECIAL, OWN COLOR AND SPACE
STRONG, POWERFUL AND FULL OF GOODNESS
READY TO BE USED BRINGING LIFE AND GRACE!

COURAGE, STRENGTH, AND DETERMINATION
GOT TO BE STRONG IF WE WANNA BREAK THROUGH
CONFIDENCE, DISCIPLINE AND MODERATION
THE WORLD NEED US, SO LETS SHINE THROUGH

IF WE FALL, JUST GOT TO STAND UP
FAILURE IS SUCCESS, LESSON WELL LEARNT
GO ON CLIMBING, JUST DONT EVER STOP
TRUST OURSELVES, WE'LL BE ON TRACK AGAIN....

ONCE WE'RE THERE, HUMBLE OURSELVES
TAKING DEEP BREATH TO FACE NEW DAY
TOGETHER WE STAND, AND PRAY TO BE BLESS
LEADERS OF TOMORROW WE'RE TO STAY! 2X

Teringat zaman di GEMS, lagu toklah yang paling popular iaitu lagu GEMS.Wakaka..berpegang kepada GEMS VALUE, iaitu salah satunya self motivated, bila dengar jak lagu tok time suka dan duka, mesti self motivated wpn apa orang polah dengan kita..yehaaa....

 
arthur daniel..lakonan mendapat tempat kedua..

 
huhuhu...rasa kiutlah tek


 
ladi dan eila lah..apa g..

Ahad, 7 Februari 2010

PENGALAMAN 2010 MENGAJAR KITA

Oleh : Ladi Bin Pini

Wow, bila pikir2 last post mcm 1 Dis 2009 je. Banyak benda telah berlaku dalam jangka masa lebih 2 bulan ini. Sekarang ni dah menjadi guru pelatih bagi program KPLI-SR Jan 2010 dan dah nak masuk sebulan pun berada di negeri orang (Miri ni boleh di kategori negeri ke?).Bila di pikir2, dulu aku langsung tak mohon apa2 kerja dan naluriku umpama pasti yang aku akan terpilih di KPLI selepas interview pada November tahun lepas.

Alkisah, pada 7 Januari 2010 aku check sama ada aku dpt atau tidak melalui sms dan sukacita dimaklumkan aku berjaya. Perasaan aku mula bercampur2. Happy, sedey, bimbang dan takut, kira macam streamyx combo dan KePc combo tak pun macam main game ps2 yang penuh dengan combonya.. Time 2, mak aku baru balik kerja dan apabila aku memberitahu mak aku mengenai aku ditawarkan KPLI (cakap dpt cikgu ler, mana orang tua paham), mak aku senyumnya waseh sampai ke telinga. Tapi pada masa itu aku kurang pasti yang aku ditempatkan di mana dan aku bayangkan di Kuching, Kota Samarahan, Rajang, atau paling cikai KL.

Pada 8 Januari, aku telah mengetahui yang aku ditawarkan ke IPG Miri. 1st perkara yang bermain di pikiran aku, apa aku nak makan?Mahal x?Halal x?Mesti Miri lagi canggih dari Kuching, Internet laju, Shopping Mall banyak, wayang banyak, McD berlambak2, Pizza Hut mengare (bak kata orang Sarawak) dll. Tapi bak kata pepatah, jangan terlampau mengharap.Pada 16 Januari (hampir tertinggal bas dan terlupa salam parent) dan selepas merentas bahagian2 di Sarawak dari Kuching ke Miri dengan menaiki Bas dan menaiki kereta di Bintulu-Miri,semua tidak seperti yang ku jangka. Ternyata aku ni taklah berbakat dalam membuat jangkaan yang merupakan antara komponen penting SCIENCE (lupa nak bagi tau, aku ni KPLI sains..sains yang serbaboleh).

 
Bintang Plaza aka Parkson yang menjadi kegilaan orang Miri


 
Imperial Mall (cam lawa pulak)

 
Boulevard Miri (Teringat Boulevard Kuching wpn berbeza)



 
Emart Miri (camtok ka Emart miri..cam lain jak)


  
kipas angin peberet eila di Emart sampei x mok balit 

17 Januari iaitu hari Ahad, aku, kakakku, Walter dan kwn kakakku yang menumpangkan kami di Kuaters Kastam, telah bersiar2. Tempat pertama aku jejak adalah Parkson (orang kuching panggil Bintang Plaza). Rupanya seperti bangunan tak siap dan aku d informkan oleh informer yang tidak dikenali yang Parkson ni tgh di naiktaraf, diperbesarkan dan di binanya hotel (ala2 Midvel gitu). Disitulah 1st aku potong rambut di saloon. Pengalaman yang melucukan dan mungkin aku takkan lupa. Untuk pengetahuan anda, McD, Pizza Hut dan panggung wayang hanya ada 1 di miri dan semuanya terletak di Parkson (kalau salah, betolkan yer). Dulu sebelum dpt KPLI, hari2 pegi sana sampai badan pn macam gajah..wakakaka..terlebih makan fast food.

 
IPG Kampus Sarawak Miri, Jalan Bakam


18 Januari, pendaftaran di IPG kampus Sarawak, Miri - expectation taklah besar coz aku dah biasa dengan IPGBL. Kecik je bagi aku tempat tu semua. Mayb barangan taklah mahal cam di luar dan kami akan tinggal di dalam hostel. Tp, apa yang mengejutkan aku, hostel hanya ditawarkan hanya untuk 2 minggu dan selepas itu, sila berambus. Tidak cukup dengan kejutan itu, aku dikejutkan lagi dengan pengambilan KPLI tahun ini hanya seramai 20 orang dan hanya tinggal 19 selepas ditolak seorang dan hanya baru2 ini yang tempat kosong itu di isi.

 Guru Pelatih KPLI yang menawan kalbu

Pendapat aku mengenai IPG Kampus Sarawak Miri ni?Baik aku tak payah komen, xpasal2 kena ISA tak pun dikenakan tindakan tatatertib. Tapi yang pasti IPGM ni kurang tongsampah, makanan dikafe yang serba mahal tp langsung tak sedap. koperasi yang mencekik darah dan mungkin makan kebanyakkan elaun pelatih guru (mungkin semua kalau duduk dalam hostel). Di sini kami mengamalkan 3S, rasanya SEMYUM, SAPA, SALAM (camtu kot). Kawan2 aku lain tidaklah berpuas hati tapi aku tak kisah pn wpn diperlakukan seumpama budak sekolah kecik.

Moralnya: Praktikkan 3S

Hurm, assignment? sangat banyak sampai 1 pn aku tak buat lagi. Huhuhu.. Lawak betol. Tak lama lagi pulak CNY dan aku akan balik ke Kuching dengan jayanya dan pulang ke Miri dengan bangganya apabila terbang di awan umpama AWAN DANIA. Tak rasanya tak perlu aku bercerita panjang mengapa semuanya menjadi begitu. Biarlah disimpan hanya dalam kenanganku sendiri. Bila kita ditolak, kita hanya perlu bergantung kepada diri sendiri.

 
bakal menjadi rumah kami..yehaaaa

Rumah?Selepas kerja yang tidak mengenal penat lelah oleh housemate ku seperti Jop, Firdaus, Loong dan dll, kami telah menetap di Holiday Park yang penuh kontroversi. Rumah2 seperti Taman Bumiko, Luak Bay dll hanya tinggal kenangan. Rumah 2 tingkat di Holiday Park pn sama. Sekarang hanya menetap di rumah 1 tingkat Holiday Park yang bertentangan dengan rumah 2 tingkat yang pernah tuan rumah janjikan dan akhirnya diserahkan kepada penyewa yang penah menyewa rumah setingkat ini..Paham x?


Kenderaan?Jop ada Wave, Firdaus ada Wave, Khairul ada Wira SE, Loong ada motorckal (yamaha 100 kot) dan aku dan Ken yang tidak mempunyai kenderaan dan menumpang orang. Yehaaaa....Tapi mayb selepas tahun baru cina ni aku akan membawa motorckal juga..huhuhu...

Attitude pelatih guru IPG? apa yang ko harapkan dpd orang sains?Walaupun apa yang ku harapkan jauh sekali..Tapi mayb aku dah agak biasa dengan tahap sains yang penuh dengan ke-ignorance-nya dan pentingkan diri sendiri. Agaknya mereka patut menyertai GEMS coz GEMS banyak mengajar cara untuk bersatupadu dan saling-bantu membantu tanpa mengira kaum dan agama.

Persahabatan atau lebih dikenali sebagai kerjasama - dalam kelas agak kurang mobaliti bangsa. Yang melayu bertudung duduk dengan yang sebangsa, Cina dengan Cina, bidayuh dengan bidayuh dan melayu dengan melayu kecuali terdapat pengecualian untuk kaum manoriti. huhuhu...1Malaysia..

Pensyarah - ada pelbagai jenis pensyarah..ada yang baik, ada yang tidak, ada yang mengembirakan dan ada yang sangat2 menyakitkan hati..tapi tak perlu dinyatakan coz benda ni isu sensitif dan mayb pandangan setiap orang adalah berlainan bergantung kepada pengalaman tp kesimpulan aku, aku agak berpuas hati dengan sikap pensyarah2 di IPG ini.

Happy atau tidak tinggal di Miri, ambik KPLi dll?malas nak cakaplah..Tapi mestilah tak boleh nak kalahkan hometown sendiri yang penuh dengan segalanya..Rindu nak balik Kuching.. Pasni kalau nak hantar belajar ke posting, hantar ke ke pendalaman P3. baru berbaloi dengan perasaan luarbandar..


p/s: lupa mok polah blog "APA NYAMAN TEK DI MIRI TOK KA ?" coz xda apa2 yang nyaman dictok..T.T